Friday, March 15, 2019

Bagaimana nak menyimpan 20g emas dalam masa setahun?

Hai wanita! Siapa suka emas? Angkat tangan!Saya pasti kebanyakan kaum hawa kat dunia ni suka pada emas. Ini kerana emas merupakan satu logam yang melambangkan kemewahan, keagungan dan kegahan. Sifat fizikalnya yang berkilat dan berkilau pasti memukau mata apatah lagi jika emas tersebut ditempa menjadi barang perhiasan wanita seperti gelang tangan, rantai leher, subang mahupun cincin. Selain itu, emas boleh dijadikan pelaburan dan juga digunakan sewaktu kecemasan kewangan.
Image result for jewelry
Walaupun ianya cantik dan menjadi idaman tapi untuk memilikinya kita harus membayarnya dengan nilai yang agak tinggi. Katakan harga pasaran bagi 1 gram emas 916 adalah RM195/g. Sebentuk cincin dengan beratnya 3g bernilai RM585 (berat emas x harga emas) tidak termasuk upah pembuatannya. Cuba kira untuk 20g emas, berapa  pula wang yang harus dileburkan?  Sebagai golongan marhean memang agak kurang mampu nak membeli barang kemas setiap bulan. Paling tidak kita akan membeli barang kemas setahun sekali pada waktu harga pasaran emas menurun atau semasa kita mendapat durian runtuh. Tapi ingat ye. Harga emas sentiasa meningkat saban tahun. Tak percaya cuba tanya mak-mak kita berapa harga cincin perkahwinan mereka 20 tahun lepas?



Tapi.....ada satu cara bagaimana kita sebagai seorang perempuan yang bijaksana boleh memiliki 20g emas tanpa mengeluarkan duit selepuk. Siapa nak tahu, boleh baca selanjutnya. Siapa yang tak berminat boleh scroll laju-laju

Kini, terdapat satu perhiasan emas yang diinspirasikan dari satu jenama mewah antarabangsa iaitu PA*N*ORA. Peminat-peminat aksesori wanita pasti dah biasa dengar dan lihat aksesori-aksesori yang dikeluarkan jenama PA*N*ORA ini kerana ia banyak digayakan oleh selebriti-selebriti tanah air dan antarabangasa. Salah satu produk PA*N*ORA yang menjadi kegilaan wanita seantero dunia adalah rantai tangannya kerana ianya boleh dihiaskan dengan loket-loket yang unik dan comel, Loket itu dikenali dengan istilah "charms". Charms ini saiznya kecil sahaja dengam berat sekitar 1g-4g sebiji dan ia akan dimasukkan ke dalam rantai tangan untuk menaikkan seri pada rantai tangan tersebut seterusnya menjadi identiti pada jenama itu sendiri. Apa yang uniknya mengenai charms ini adalah kerana ia mempunyai bentuk yang unik, comel serta mempunyai tema tertentu. Sebagai contoh, jika tema yang dipilih adalah tema fesyen wanita, maka  charms yang dihasilkan berbentuk dress, stiletto, handbag berbagai bentuk dan sebagainya.
Image result for pandora charms

TETAPI....jenama tersebut mengeluarkan produk berasaskan emas putih atau white gold. Emas putih merupakan emas yang telah melalui proses pelunturan yang mana warnanya terluntur menjadi warna seperti perak. Walaupun begitu, logam tersebut masih kelihatan cantik dan berkilau, malangnya nilainya telah berkurang. Ini bermaksud nilai untuk jualan semula bagi 1g telah jatuh merosot. Senang cerita kalau nak gadai, tak ada nilai. Katakan harga pasaran 1g emas putih RM180.  Kalau nak jual semula sebagai emas terpakai mungkin nilainya hanya RM80 segram. Rugi ke atau rugi sangat2?

Oleh itu, terdapat pengeluar emas perhiasan mengimprovasikan rantai tangan PA*N*ORA dengan menempanya menggunakan emas 916. Oleh itu charms yang dihasilkan berasaskan emas yang sudah tentu nilainya lebih tinggi. Oleh kerana beratnya sekitar 1g-4g sebiji maka untuk memilikinya setiap bulan adalah tidak mustahil. Kita boleh menjadikan pembelian charms ini sebagai komitmen bulanan kita. Katakan kita membeli satu biji charm setiap bulan dengan beratnya 1.5g. Katakan harga pasaran adalah RM200g maka sebiji charm berharga RM350. Jika kita konsisten membeli 1.5g  setiap bulan, maka dalam masa setahun kita dapat menyimpan sebanyak 18g emas tanpa mengeluarkan RM4200 sekaligus! 

Note : Abaikan harga upah pembuatan kerana sekarang ini tedapat ramai peniaga emas memberikan harga upah RM 0 (tiada upah). Kena pandai2 cari yang trusted ye.

No photo description available.
Charms dengan tema fauna. 

No photo description available.
*Gambar diambil dari FB Zahratul Akmal Ibrahim*
https://www.facebook.com/zahratulakmal.ibrahim

Jika kita merancang menyimpan wang RM350 sebulan bermula Januari sehingga Disember dengan tujuan untuk membeli emas dengan amount RM4200 adakah perancangan kita akan menjadi kenyataan? Bagi mereka yang determine mungkin impian dapat direalisasikan, tetapi golongan hangat2 tahi ayam seperti saya mungkin impian hancur di tengah jalan. 
No photo description available.
Oleh itu, membeli 1 biji charm emas setiap bulan adalah cara yang relevan untuk kita mensasarkan 20g emas setahun. Jangan rasa rugi atau membazir untuk melaburkan sedikit wang gaji anda untuk simpanan emas berbentuk charms. Salah satu manfaatnya adalah sewktu kecemasan di mana anda perlukan duit segera. Anda boleh menggadaikan/menjual charm anda di pusat-pusat gadaian tanpa menggadaikan seutas rantai anda. Anda hanya perlu menggadaikan beberapa biji charms berdasarkan wang yang anda perlukan.
* katakan anda hanya perlukan RM500 sahaja. Mungkin anda hanya perlukan 5 biji charms aje untuk gadaian. tak perlulah gadai seutas rantai terus*

Kalau ada yang bertanya di mana boleh dapatkan charms gold ini? Ia boleh dibeli di kedai2 emas seperti kedai emas Pak Habib, kedai emas uncle Chan dan Pakcik Poh. Boleh juga didapati dari peniaga emas online.

Ayuh kita mulakan menyimpan 1 biji charm setiap bulan bermula gaji bulan hadapan!


Saturday, March 24, 2018

Jelajah Utara 2018 Part 1

Assalammulaikum semua..

siri jelajah utara 2018 dimulakan dengan lawatan ke KELLIE'S CASTLE.
Kalau anda dari Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, sila exit ke GOPENG. nak senang on je WAZE. confirm tak sesat.

Kellie's Castle ni sebenarnya adalah rumah agam. Ia dibina atas dasar rasa cinta suami kepada isterinya. ia dibina oleh seorang warga Scotland yang berhijrah ke Tanah Melayu bernama MR SMITH. nak tahu lebih lanjut mengenai Kellie's Castle bole click link di bawah

https://harithsidek.blogspot.com/2012/07/mengungkap-sejarah-serta-misteri-istana.html

Tiket masuk:
DEWASA RM5
KANAK-KANAK RM3.

Tengok gambar je ok







bila dah lawat istana ni dan baca mengenai sejarahnya apa yang dapat dipelajari adalah apabila kita berada di negara asing, kita perlu dan terpaksa survive. cuba kita tengok apa yang berlaku sekarang kat negara kita. orang Kemboja yang asalnya berhijrah ke malaysia untuk dapatkan perlindungan dari peperangan telah menguasai industri tekstil. begitu juga warga Pakistan. kenapa mereka boleh berjaya? kerana semangat juang mereka tinggi. survival mereka tinggi. bagaimanakah pula dengan kita? apa yang tinggal untuk kita dan generasi akan datang khususnya?

Wednesday, August 30, 2017

Ayesara Nurdeena

Assalammulaikum semua..

budak comel ni dah 3 tahun 5 bulan dah umurnya tapi saya tak pernah buat satu post pun untuk dia. hahahhaah.

ini dia ahli paling muda dalam DZu Legacy. memperkenalkan.......

nama dia Ayesara Nurdeena

AYESARA - YANG KAYA, YANG MEWAH
NURDEENA - CAHAYA AGAMA KAMI

lahir pada 10 May 2014, 3;09am, hari  Sabtu seberat 2.84KG

PD Ostrich Farm, Port dickson

Assalammulaikum semua..

saya nak share satu tempat menarik untuk dilawati kalau sesiapa berkunjung ke Port Dickson. as we all know, PD ni adalah kawasan peranginan. so untuk sesiapa yang sukakan beach, memang PD adalah destinasi yang paling sesuai untuk beach lover.

selain pantainya yang cantik, tarikan lain adalah PD Ostrich Farm. taman ni macam mini zoo jugalah. tarikan utama adalah burung unta (ostrich) dan sedikit haiwan2 yang rare dan exotic seperti kambing gurun.

tiket masuk adalah RM 15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

tempat ni memang sesuai untuk dilawati untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. sesiapa yang berkunjung ke PD, jangan lupa datang ke sini.









Saturday, November 5, 2016

SETELAH HAMPIR SETAHUN

Assalammualaikum semua..
Ya ALLAH...saya memang dah hampir lupa saya ada blog dan pernah jadi blogger.
Sampai lupa nama blog saya apa.

lama dah tak menulis kat sini. hampir setahun.
kalau blog ni diibaratkan macam rumah, confirm dah bersemak samun, lalang tinggi semeter, silap haribulan ada makhluk menyusur duduk dalam ni..

Apa khabar lah kawan-kawan blog saya yang saya follow dan baca blognya hari2 satu masa dulu?

insya allah, lepas ni nak rajin menulis sikit sebab saya memang suka menulis.

dulu nama blog ni "INI BLOG AIMAN"
Lepas tu tukar "KISAH AIMAN&AYESHA"
Sekarang patut tukar sebab saya dah ada 3 nuggets yg comel.

sampai jumpa lagi.
rasa aura enulis tu macam dah membara semula ni..
hehehhehe
harap2 ada entry seterusnya lepas ni
bye..

Wednesday, November 18, 2015

Bertemu Kembali

Assalammualaikum semua...

ada lagi ke orang yang sudi menjengah blog Aiman&Ayesha ni
rasanya nak kena tukar nama blog ni
Aiman Ayesha dan Ayesara

last post tahun 2013
dah 2 tahun tak berblogging
rindu pulak rasanya
bila saya baca semula post2 yang dulu, tiba2 rasa sebak sikit
chewah! emo pulak memalam buta ni
rajinnya saya dulu update blog
menulis pasal anak2, family dan kerja
tengok semula gambar2 aiman dan ayesha rasa cepat sungguh masa berlalu
mereka da dewasa sekarang especially aiman
tahun depan dah darjah 1

seronok baca post yang dulu2
nasib dulu rajin buat catatan dalam blog
mengimbas memori yang hampir luput dalam ingatan

sekarang da penghujung 2015
banyak benda yang da berubah
usia makin meningkat
kulit muka dah ada kedut2 sikit

insya allah lepas2 ni nak sambung hobi menulis dalam blog

selaamt malam semua 



Wednesday, November 13, 2013

cerita best 2013

asslammulaikum semua...
hai hai hai
dah berbulan2 tak menulis di blog "KISAH AIMAN&AYESHA" ni
oppss..tahun depan dah kena tukar title blog nampaknya
adakah "KISAH AIMAN, AYESHA & ARRIAN" ataupun "KISAH AIMAN, AYESHA & ARISSA"?
heeheeheee

Alhamdulillah...saya telah disahkan mengandung baru2 ni.
masuk minggu ni fetus telah berusia 13minggu
buku pink pun da buat
insya allah kalau semuanya selamat baby akan keluar melihat dunia pada 20may2014..
rezeki tidak terjangka
kami terima dengan hati yang gembira :)

itu sahaja lah..tetiba da takda idea.
hihi
ok baiiiii