Wednesday, August 30, 2017

Ayesara Nurdeena

Assalammulaikum semua..

budak comel ni dah 3 tahun 5 bulan dah umurnya tapi saya tak pernah buat satu post pun untuk dia. hahahhaah.

ini dia ahli paling muda dalam DZu Legacy. memperkenalkan.......

nama dia Ayesara Nurdeena

AYESARA - YANG KAYA, YANG MEWAH
NURDEENA - CAHAYA AGAMA KAMI

lahir pada 10 May 2014, 3;09am, hari  Sabtu seberat 2.84KG

PD Ostrich Farm, Port dickson

Assalammulaikum semua..

saya nak share satu tempat menarik untuk dilawati kalau sesiapa berkunjung ke Port Dickson. as we all know, PD ni adalah kawasan peranginan. so untuk sesiapa yang sukakan beach, memang PD adalah destinasi yang paling sesuai untuk beach lover.

selain pantainya yang cantik, tarikan lain adalah PD Ostrich Farm. taman ni macam mini zoo jugalah. tarikan utama adalah burung unta (ostrich) dan sedikit haiwan2 yang rare dan exotic seperti kambing gurun.

tiket masuk adalah RM 15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

tempat ni memang sesuai untuk dilawati untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. sesiapa yang berkunjung ke PD, jangan lupa datang ke sini.









Saturday, November 5, 2016

SETELAH HAMPIR SETAHUN

Assalammualaikum semua..
Ya ALLAH...saya memang dah hampir lupa saya ada blog dan pernah jadi blogger.
Sampai lupa nama blog saya apa.

lama dah tak menulis kat sini. hampir setahun.
kalau blog ni diibaratkan macam rumah, confirm dah bersemak samun, lalang tinggi semeter, silap haribulan ada makhluk menyusur duduk dalam ni..

Apa khabar lah kawan-kawan blog saya yang saya follow dan baca blognya hari2 satu masa dulu?

insya allah, lepas ni nak rajin menulis sikit sebab saya memang suka menulis.

dulu nama blog ni "INI BLOG AIMAN"
Lepas tu tukar "KISAH AIMAN&AYESHA"
Sekarang patut tukar sebab saya dah ada 3 nuggets yg comel.

sampai jumpa lagi.
rasa aura enulis tu macam dah membara semula ni..
hehehhehe
harap2 ada entry seterusnya lepas ni
bye..

Wednesday, November 18, 2015

Bertemu Kembali

Assalammualaikum semua...

ada lagi ke orang yang sudi menjengah blog Aiman&Ayesha ni
rasanya nak kena tukar nama blog ni
Aiman Ayesha dan Ayesara

last post tahun 2013
dah 2 tahun tak berblogging
rindu pulak rasanya
bila saya baca semula post2 yang dulu, tiba2 rasa sebak sikit
chewah! emo pulak memalam buta ni
rajinnya saya dulu update blog
menulis pasal anak2, family dan kerja
tengok semula gambar2 aiman dan ayesha rasa cepat sungguh masa berlalu
mereka da dewasa sekarang especially aiman
tahun depan dah darjah 1

seronok baca post yang dulu2
nasib dulu rajin buat catatan dalam blog
mengimbas memori yang hampir luput dalam ingatan

sekarang da penghujung 2015
banyak benda yang da berubah
usia makin meningkat
kulit muka dah ada kedut2 sikit

insya allah lepas2 ni nak sambung hobi menulis dalam blog

selaamt malam semua 



Wednesday, November 13, 2013

cerita best 2013

asslammulaikum semua...
hai hai hai
dah berbulan2 tak menulis di blog "KISAH AIMAN&AYESHA" ni
oppss..tahun depan dah kena tukar title blog nampaknya
adakah "KISAH AIMAN, AYESHA & ARRIAN" ataupun "KISAH AIMAN, AYESHA & ARISSA"?
heeheeheee

Alhamdulillah...saya telah disahkan mengandung baru2 ni.
masuk minggu ni fetus telah berusia 13minggu
buku pink pun da buat
insya allah kalau semuanya selamat baby akan keluar melihat dunia pada 20may2014..
rezeki tidak terjangka
kami terima dengan hati yang gembira :)

itu sahaja lah..tetiba da takda idea.
hihi
ok baiiiii


Wednesday, May 1, 2013

PBS OH PBS

Assalammulaikum semua..
/hihi

mengeluh kejap
kesat peluh yang berjujuran jap
fuh..

pbs oh pbs
mengkucar kacirkan hidupku
membuat soalan, menanda, membetulkan berulang kali, memfailkan dan merekodkan
adakah aku perlu menghadapi keadaan ini sehingga pencen 58thn nnt

sampai satu tahap keikhlasan itu tiada
yang tinggal adalah keterpaksaan tanpa kerelaan
sekian!!!

Sunday, April 21, 2013

wishlist

assalammulaikum..
/hihi

nk bgtau satu dunia
saya nak ni
its volkswagen beetle
mahal gile. 140k
mmg fengsannn!
tp x kire akan ku usahakan utk memilikinye
mesti glamer giler klu bwk keta ni gi sek
mesti abes sebulan jadi buah mulut org
mesti org asik dok tny mampu ke aku byr bulan2
hahahahahha!
ala..bli umah ni pon org dah dok kate mcm2
klu x mampu xkanla bank bole approvekn loan kn kan

thn dpn dpt dg44
bolela nk melaram keta baru
ish...nilah mentaliti org melayu tipikal mcm i
duit byk sikit sibuk nk tukar keta
hihihihihi
persetankan!

ok baiiiii!