Showing posts with label 2nd preggy. Show all posts
Showing posts with label 2nd preggy. Show all posts

Friday, January 20, 2012

Maternity Photoshoot - Part II

Assalammulaikum semua...
/hihi

tetibe rindu pulak saat2 wkt mengandungkan Aiman n AYesha
nasib baik ada simpan gmbr2 wkt berperut besar
skrg tgh ngecek2 encik K buatkan maternity storybook utk saya :P
yela..mengandung bknnye selalu
lgpon sy rasa wkt mengandung adalah pengalaman yg sgt indah..

terjmp a few picas masa pregnt kn AYesha
rindunye saat2 AYesha di dalam perut :)



bile ek nk preggy lg
hik hik hik hik...;)

Thursday, September 15, 2011

Pantang larang ketika mengandung

Assalammualaikum semua..
Selamat bercuti
arini kan ari 1 Malaysia
r u proud of being Malaysian? :)

Disbbkan cuti, maka bykla undangan rumah terbuka
rezeki syawal..
arini kami asik BUURRRPPPPP jek
hehehe :D

ok..kpd mommies2 yg tgh or pena or bakal preggy
mesti korg pena dgr pasal pantang larang ketika mengandung
mesti ada certain yg kite bole percaya
n ada jugak yg kdg2 x leh masuk akal

antaranya adalah:
1. jgn mandi malam esp wkt maghrib - kesannye bersalin kembar darah. org tua2 kate kembar darah lebih sakit
2. jgn buat keja separuh jalan. cthnye klu menyapu tu biar smp abes. jgn kumpulkan sampah setempat, pastu biarkan. klu bole biarlah keja tu sempurna smp abes.
3. jgn berburu atau memancing esp kpd suami
4. jgn keluar wkt maghrib
5. jgn mkn buah yg telah dimakan oleh ulat atau haiwan lain
6. jgn minum dalam cawan yg bermulut besar (cawan besarla maksudnye)
7.jgn tinggalkan senduk didalam periuk (biasanye klu kite cedok nasi dr periuk biasanye kite akan letak senduk kt tudung periuk kan? kdg2 kite terlupe n ttgl senduk dlm periuk)
8.kurangkan minum air sejuk
9. jgn suka mengata atau mengumpat

erm....apa lg ek? rasa2nye itu jela kot yg saya tau
so, amacam? nk caya ke x? :D

Tuesday, September 13, 2011

Nama anak

Assalammualaikum semua...

saya tgh bersantai2 ngan santainye..
pg td ada meeting panitia biologi daerah kt sekolah lain
so, sy x dtgla sek
best2! :))
kul 130 da smp umah
rehat2 jap..ber fb jap n apa lg update la blog
hehehhe.. :D

ok..bg ibu2 yg bakal melahirkan anak
mesti awal2 da pikir nk bg nama yg sesuai utk anak
memberikan nama anak yg baik2 adalah kewajipan bg kite sbg ibu bapa
sila baca ini...dipetik dari SINI utk dikongsi kpd semua..

PILIHLAH NAMA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK!


( Bilangan 281 Bahagian Pertama)
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan
dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh
memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.

Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau
makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya.

Waktu Menamakan Anak

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, sunat menamakan anak pada hari ketujuh selepas kelahirannya ataupun pada hari
kelahirannya berdasarkan hadis-hadis shahih. Sementara harus menamakan anak sebelum dan selepas hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

Begitupun Imam al-Bukhari Rahimahullah berpendapat bahawa waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran
sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis shahih adalah bagi ibu bapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka. Sementara bagi ibu bapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama pada hari ketujuh.

Menamakan Kandungan yang Gugur

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah sunat memberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya.

Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan, seperti Hindun " هند ", Hunaidah " ,"هنيدة Kharijah " خارجة ", Thalhah " طلحة ", ‘Umairah " عميرة ", Zur‘ah " زرعة " dan yang seumpamanya.

Begitu juga sunat hukumnya memberikan nama kepada anak damit (bayi) yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.


Menamakan Dengan Nama Yang Baik

Sunat hukumnya menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu ad-Darda‘
Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

إِMaksudnya:
Quote
“Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,

maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Islam menggariskan beberapa hukum mengenai pemberian nama untuk dijadikan sebagai panduan dalam memilih nama yang baik dan bertepatan dengan syara‘. Antaranya:

1) Nama Yang Disukai Allah Subhanahu Wa Ta‘ala

Adapun sebaik-baik nama yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

Ini berdasarkan hadis-hadis, di antaranya:

i. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اِ
Maksudnya:
Quote
“Sesungguhnya sebaik-baik nama yang disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”

(Hadis riwayat Muslim)

ii. Sahabat, Jabir Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki di kalangan para sahabat yang
memberikan nama Abu al-Qasim untuk anak lelakinya. Para sahabat melarangnya dari menamakan sedemikian
lalu dia mengkhabarkan perkara itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

Maksudnya:
Quote
“Namakanlah anakmu ‘Abdurrahman.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)


Termasuk juga sebagaimana kedua-dua nama di atas iaitu ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " عبد الرحمن "nama-nama yang
disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama khas bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala, seperti ‘Abdurrahim " عبد الرحيم ", ‘Abdul Khaliq " عبد الخالق " dan ‘Abdurrazzaq " ."عبد الرزاق

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ia menggabungkan sifat-sifat yang
wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan).

2) Nama Para Nabi

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa mazhab asy- Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat adalah harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan agar
menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya:
Quote
“Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi
Ibrahim ‘Alaihissalam.

Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al-Mufrad bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menamakan seorang sahabat
sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘Alaihissalam. Begitu juga menamakan anak dengan nama Nabi Besar junjungan
kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah dan Jabir
Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya:
Quote
“Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku (Abu al-Qasim)”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Disebutkan di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj, nama Muhammad محمد" ", kemudian nama Ahmad " أحمد " adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama yang disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala seperti ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

Adapun menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
Quote
Bahkan nama Muhammad

mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesebuah keluarga. Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata: “Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”


Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.

Oleh kerana nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia, maka jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

3) Nama Para Malaikat

Imam an-Nawawi Rahimahullah juga menyebutkan bahawa mazhab asy-Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat tidak makruh
(harus) menamakan anak dengan nama para malaikat, seperti Redhwan " رضوان " dan lain-lain.

4) Nama Tokoh-Tokoh Islam

Boleh menamakan anak dengan apa saja nama selama mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan syara‘. Oleh yang demikian, menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam seperti Abu Bakr " ابو بكر ", ‘Umar " عمر ", Hamzah " حمزة ", Fatimah " ,"فاطمة Khadijah " خديجة " dan lain-lain lagi adalah dibolehkan.

Menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam juga diharap dapat membentuk keperibadian yang empunya nama sesuai dengan nama tokoh Islam yang diberikan kepadanya. Contohnya seorang yang diberi nama Hamzah " حمزة " diharapkan memiliki sikap berani dalam menegakkan kebenaran sebagaimana Saidina Hamzah Radhiallahu ‘anhu iaitu bapa saudara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berani menentang musuh-musuh Islam demi menegakkan kebenaran dan kesucian agama Islam.

5) Nama Yang Bagus Maknanya

Boleh dinamakan kanak-kanak dengan nama-nama yang bagus seperti Muhibbuddin " محب الدين " (pencinta/penyayang agama), Zainul ‘Abidin " زين العابدين " (perhiasan orang-orang yang beribadat) dan lainlain nama yang baik.

Sumber : Mufti Brunei

Saya masih blom lg finalized nama baby
nama lelaki da ready tp klu baby gal blom ada nama lg
nama ape ye yg sesuai?
/blur

of course la sy xkan pilih nama anak yg bermula ngan huruf Z
sian tau nama start huruf Z mcm saya
selalu je jd org last
nasib baik peksa xpena dpt no last

harap2 turunla ilham utk nama baby ni
/bye

38 weeks

Assalammualaikum semua....

td sy g routine check up utk mgu yg ke 38
berat bertambah lg 500g....yeY! =D>
now da 53.0kg....alhamdulillah
BP100/60

perubahan yg plg ketara skrg
kerap sgt2 g toilet
fuh...penat i kuar masuk toilet
/sweat
rasa perut da semakin ringan di bahagian atas
tetapi rasa heavy di bhgn bawah perut
vaginal discharge yg byk
sungguh tidak selesa
/no

nk share satu cerita
cerita hantu...nk dgr?
ishh..xdela..
ni pasal breastfeeding
abg aiman diceraikan susu secara paksa semasa saya preggy 5bln
apa lg..abg aiman asik ngamuk jek lps tu
/floor

MIRACLE!!!!
(xpon sbnrnye...saja nk kasi suspen) :D
masa 36weeks tetibe abg aiman mntk nenen semula
sy agak pelik jugak sbb die menyusu begitu asyik sekali..mcmla ada susu
selepas seminggu baru sy perasan my B da produce susu
actually tu bkn susu

tp yg x bestnye tiap kali pas aiman "menyusu"
sy akan berasa sakit di bhgn bwh perut mcm contraction
/omg
tp nurse kate x bahaya
lgpon klu contraction wkt skrg apa salahnye
da msk 38weeks n baby pon da cukup matang utk dikeluarkan
he.....:D

okla...fikiran i asik teringat2 kt encik kamaruddin skrg ni
ada sesuatu berlaku pd hari ni
beliau sgt bengang ngan sy
/shock
nk buat ape ek utk memujuk beliau?
kena masak ni..
nk p masakla.. :)


ok2 sblm tu
cuti bersalin awal sy telah diluluskan (ni pengaruh mama ziyad la ni)
so, mgu dpn sy da x keja =))
so, officially...dis thursday will be my last day keja utk tahun ni
kite jmp thn dpn...jgn jeles u olls :D

/bye

Sunday, September 11, 2011

1st vs 2nd

Assalammualaikum semua..

actually tgh tgu aunty non (adik sy). kate nk dtg umah beraya tp smp skrg xsmp2 lg.
mcm jauh sgt jek skudai ngan ulu tiram ni
smntara tgu dorg, better bt something yg berfaedah sket

tetibe jantung rasa dup dap dup dap semacam
nape ek
agaknye td cite pasal bersalin ngan member
/blur

skrg da masuk mgu ke 37
37mgu 3 hari
memandangkan skrg tgh mengandungkan anak kedua, mestila mama nk bt comparison sket
perbezaan dan persamaan mengandung anak pertama n kedua

a. morning sickness
alhamdulillah...=D>utk kedua2 anak ni mama xde mengalami sebarang sickness cume tiap kali gosok gigi mesti terbwek ngan sendirinye..

b. selera mkn
abg aiman - sgt berselera mkn. tetibe suka sgt minum teh 0, bihun goreng n daging
sbnrnye ketiga2 mknan tersebut adalah mknan yg sy x suka sblm sy pregnt tp jd addict plak smp skrg. he..
adik baby - sgt kurang berselera mkn. nmpk mknan sumenya x sedap
/floor

c. pertambahan berat badan
lebih kurang jek. masa abg aiman dulu cukup bln berat bertambh 11.5kg. dis time 37 weeks 9.5kg.

d. saiz perut
saya mmg bersaiz kecil.so, perut pon kecik jek. mcm br mengandung 5 6 bln. ramai org x caya sy da cukup bln. tp..tlgla percaya...plz!!=))

e. edema
masa abg aiman mmg mengalami edema yg teruk. cukup bln kena pki sandal saiz 9. mcm kaki anak gajah. but d 2nd one, saiz kaki x berubah. masih maintain saiz 6. high heel n kasut yg muncung2 pon i bole pki lagik. :D

f. tahap kepenatan
1st preggy - sgt energetic. turun naik tangga xde hal :)
2nd preggy - tahap kepentan melampau. hny tuhan g tau. mmg lembik semacam /sweat

g. keterujaan
1st preggy - sgt teruja. xsabar nk bersalin. x sabar nk tgu kehadiran baby.
2nd preggy - biasa2 ajer. rasa masa terlalu cpt berlalu. tup tup da 28weeks. tup tup lagi da nk menunggu ari pon. tp bile dokter bgtau gender baby br rasa bersemangat sket. hehehe.. :P

h. tahap kerajinan
1st preggy - seriuosly sgt pemalas. nk make up g sek pon mls. mmg selebet abesla. br 7bln da mengada soh encik kamaruddin anta n amek sy dr sekolah.
2nd preggy - saya rasa sy lebih rajin dr ari biasa. siap bt klas tmbahan. ajar kt tuition lg. rajin make up n suka pki baju cantk2. masih drive g n balik keja. keta manual lg tu.=D>

i. craving
sama aje. sbb sy bkn seorg yg passion terhadap mknan so, no food craving. cume masa 1st preggy sgt suka buah laici.

j. foetal movement
1st preggy - maybe sbb kali pertama, ruang dm womb tu masih sempit lg,so, sbg aiman bole dikatakan agak pasif kot. die gerak biasa2 aje berbeza ngan adik die ni. sgt aktif. mcm2 gaya akrobatik die buat. kdg tu bole nmpk siku or lutut die terkeluar. prnh skali nmpk penumbuk die n bole rasa jari jemari die. btol2 exp yg hebat!!!

ape lg ek? tu je kot. ape pon perasaan x sabar utk menanti kehadiran org baru dalam hidup kami sekeluarga tetap tersemat di dalam hati.
kpd encik kamaruddin - tqvm sbb sgt rajin membantu sy sepanjang sy mengandung. sy akan ingat smp bile2. :)
kpd abg aiman naqeeb - terima kasih sbb menjadi anak yg memahami(seriously...walaupon aiman masih kecik, tp die da menunjukkan ciri2 memahami) :)

sedih plak
/blush
okla..bye2
/bye

Friday, September 9, 2011

Mana satu pilihan hati? gomen or private?

Assalammualaikum semua...
/hihi

bg ibu2 yg bakal nk melahirkan anak, da plan nk bersalin ktne?
pemilihan hospital bersalin mmg sgt penting
bg saya, sy akan pastikan hosp tu mmg established dr segi kepakaran n kelengkapan dan semestinye lokasi yg terdekat ngan umah.

yg selalu menjadi isu adalah samaada nk bersalin di hosp kerajaan or swasta?
setiap org pon ada pendapat n pandangan tersendiri mengenai kedua2 jenis hospital ni.
ni sy bg pandangan peribadi sayala..

a. hospital swasta

dr segi kos, kite perlu menyediakan perbelanjaan yg agak byk
sy da survey kt area jb ni, rata2 kos rawatan utk bersalin normal dlm 2k-3.5k
klu op bole mencecah sehingga 5k n ada tu smp 8k
8k??? its really burn my wallet. bkn setakat wallet tp bole bkr buku simpanan ASB saya.
/omg

dr segi keselesaan mmg x dpt dipertikaikanla..
nurse n doktor akan layan patient ngan sgt baik n ramah skali
suami bole temankan wife sepanjang masa
ada org kate "ala...sakit bersalin kn same aje, x kisahla bersalin kt mana pon"
sile jgn memperlekehkan statement ini ok
bg sy walaupon kite dlm keadaan sakit yg amat sgt, tp klu tmpt tu sgt condusive n org sekeliling melayan kite dgn baik, sekurang2nye ia akan dpt mengurangkan kesakitan kite

lg satu, klu bersalin kt swasta kite bole pilih gynae yg kite suke
of course la klu kt swasta wad ibu bersalin tu mmg sumenya pkar O&G
tp perasan x pakar sakit puan skrg ni dipelopori oleh dokter laki

lps bersalin kite hny perlu menjaga diri sendiri
tidur n rehat sepuas2nye :)
baby.. nurse akan jage unless klu kite nk bf baby

ada org kate kite bole request epidural klu kesakitan melampau
klu kt hosp kerajaan rasanye dokter x kan suggest utk amek epidural

b. hospital kerajaan

masa 1st baby saya bersalin di hospital sultan ismail
hospital kerajaan, 10minit jek dr umah
2nd baby ni pon sy plan nk bersalin kt situ

tips sy klu nk bersalin di hosp kerajaan adalah ibu kena berdikari, jgn byk songeh n mesti mendengar arahan dokter n nurse

nape sy pilih hosp kerajaan

1stly - sy teringin gak nk bersalin di private hosp
tp bile memikirkan kos n lokasi yg agak jauh dr umah. so, x jadilah
kos bersalin di kerajaan sgt2la murah
rm6 shj klu bersalin normal.
murah kan...:D

2ndly - hosp kerajaan menggalakkan polisi penyusuan susu ibu. I LIKE! =D>
sebaik baby dilahirkan nurse akan soh ibu bf baby
utk 1st time menjadi ibu, nurse akan ajar cara2 yg btol utk bf tp nurse bkn ngan rela ati nk tjk ajar mommy utk bf. kite ni sendiri yg kena ringan mulut tny cmne cara yg btol utk bf.

3rdly - sy kan gov servant. supportla kerajaan sket.hehehe :D
lgpon klu gov servant dpt keistimewaan utk 1st or 2nd class
kt HSI ni pon wad klas 2 da mabeles. satu bilik 4org, ada 2 toilet, aircond lagik
kebetulan masa tu ada bdn NGO kot buat survey pasal kesihatan ENT. rezeki aiman agaknye. die buat test pendengaran kt telinga aiman. siap bg tips n pamplet lg mcm mane nk tau klu anak kite ada mslh pendgran or pertuturan
klu kt swasta ada x consultation free mcm ni? klu ada pon maybe kena charge kan?
masa discharge siap dpt gift set dr baby johnson. dpt toiletteries yg travel pack jek and hand towel.

nape org mempertikaikan servis di hosp kerajaan?

- layanan nurse yg kasar n kurang polite terhadap patient. sy rs skrg nurse x mcm zmn mak2 kite dulu. dorg pon da di train utk bersopan ngan patient. klu ada pon seketul dua yg mungkin terlebih mkn cili. tp klu dpt nurse mcm tu pekakkan telinga. agak2 klu die melampau sgt, hafal je nama n no pendaftran die pastu buatla aduan.
/wahaha

-dokter n nurse buat kerja semborono or lebih kurang asal siap.
maybe ada case yg dokter cuai. cth sy pernah dgr dokter tu terlupe kuarkan uri (dlm ati saya kate...biar btol dokter tu.) :D xpon dokter salah jahit kt bhgn bawah tu smp patient tu kena jhitan epi 2 kali. ntahla ye....susah nk kate. xtaula rumour ke ape.

- masalah dokter pelatih or dokter baru posting
klu kt gomen mmg rata2 yg sambut baby tu adalah midwife ataupon nurse. xpon dokter pelatih n dokter yg baru2 posting.
percayalah pd kepakaran mereka.
masa abg aiman dulu dokter yg sambut die bersalin adalah dokter yg sgt muda. lahir thn 1985. br 2bln posting.tp sgt cekap ok..jahitan epi die sgt kemas.

oleh krn masalah2 diatas, kebykan mommies memilih utk bersalin di hosp swasta. dan ada juge ibu2 yg mengalami pengalaman yg x best kt hosp kerajaan dan utk anak seterusnye mereka memilih utk mndpt servis di swasta pula.

dan bg saya, sy selalu berdoa semoga allah memudahkan segala urusan, dan yg paling penting semoga saya dpt menahan sakit esp labour pain tu...hehehhe..meremang bulu roma i bile sebut labor pain.
/sweat

so, yg mana satu pilihan anda? hosp kerajaan or hosp swasta? tepuk dada tny selera..
oppss salah tu...tepuk dada tnyla poket anda...hiks! :))

Thursday, September 8, 2011

Newborn Baby Checklist

Assalammualaikum semua....
/hihi
ARINI SY CUTI..HEHEHE...=))
sbb sy dilanda kemalasan
iisshh...mana ada
sbnrnye sy telah diserang oleh virus demam, batuk2, sakit tekak n selsema
/dignose
aiseh....da nk dekat2 bersalin ni bole plk jatuh sakit
/omg
xpe2...dugaan
may i will get well soon :)
okies..sy nk cerita pasal preparation untuk menyambut kedatangan org baru dlm idup kami
checklist ni based on my experience. saja nk berkongsi
sharing is caring kan :D

1. barang2 utk dibawa ke hospital
saya hanya prepare 2 bag sahaja n bag tu da ada dlm boot keta sejak kandungan 7bln. sbb sy plan nk bersalin kt hospital kerajaan, maka brg2 sy bwk lebih sket. as u oll know, kerajaan kan...heheheh :P

a. bag baby mengandungi
  • baju lengan pendek - sepasang
  • baju lengan panjang - 2 pasang
  • mittens n booties - 2 pasang
  • barut - 3 helai
  • kain bedung - 3 helai
  • towel - sehelai
  • hand towel - sehelai
  • wet tissue
  • bekas isi air (utk wash baby)
  • hat - satu
  • diapers
  • sediakan satu bag lain yg lebih kecik utk isi brg baby ketika di dlm labor room. mengandungi baju, mitten n bootie, barut, kain bedung, towel , pampers dan jugak toiletteries.
b) bag mama
  • kain batik - 5 helai (masa aiman dulu kandungan adalah 'kembar darah'. sy bleeding dr kul 10pg smp kul 8mlm. mmg kena sediakan kain batik yg byk. tmbahan pulak, pas bersalin, darah nifas mmg kuar ngan byk skali..)
  • t- shirt - 3 helai . klu bole t-shirt or cardigan yg ada button spy senang nk breastfeed
  • baju sejuk
  • stokin
  • selipar
  • maternity pad - i suggest guna madame pad, klu x silap by pureen. pad tu besar, lebar, panjang n sgt lembut. sesuai utk yg bersalin normal especially klu jahitan epi tu byk.
  • disposable panties
  • disposable nursing pad
  • nursing bra
  • toiletteries
ok...yg ni plak checklist brg2 baby yg perlu dibeli. memandangkan yg kali ni anak no 2, maka xla byk sgt nk beli. tmbhn plak. brg2 tu masih elok lg kan. jimat2 :)) lgpon nnt mesti ramai org bg hadiah baju. so, jgn beli ikut nafsu ok..
/nobigdeal


c. clothing
  • baju long sleeve - 3
  • baju short sleeve - 3
  • baju lubang2 - 2 helai. sy suka pkikan anak sy baju lubang2 sbb selesa esp wkt panas
  • mittens n booties - dis time sy beli 2psg jek sbb abg aiman punye masih elok lg. sy prefer beli mitten n bootie yg berlubang2
  • romper - 2
  • barut - kali ni x buat barut baby sbb saya da ada almost 30pieces yg berbagai2 size. tp klu utk 1st baby 10 helai da mencukupi. pastikan barut tu dibuat panjang sket spy baby bole pki sehingga berusia 6bln
  • kain bedung - pon x beli lg. tp utk mereka yg bersalin anak sulung, 10 helai pon cukup. saiznye adalah 1m pjg n lebar. xpe buat besar2.
  • hat - kali ni beli satu jek
  • baju jln - sepasang.unisex. xnk beli byk2 sbb x confirm lg gender baby ape.
d. feeding
  • breast pump - ni sape2 bercadang nk exclusive breastfeed bolela beli. sy ada 2 set breast pump. manual by anakku n electric spectra3
  • feeding bottle - pastikan BPA free
  • bottle n teat brush
  • puting - sy prefer brand NUK
  • thermos
e. nursery
  • Baby Cot
    Mattress
    Baby Pillow & Bolster - 1
    Mosquito Net - 1
    Blanket - 1
f. diapering
  • changing mat
  • wet tissue
  • disposable diaper - sy masih setia ngan brand pet pet
  • napkin
  • diaper rash cream
g. bathing
  • bath tub
  • toiletteries
  • cotton bud
  • towel
h. travelling
  • stroller
  • baby carrier
  • diaper bag
i. lain2
  • minyak yuyi or minyak telon - utk elakkan kembung perut
  • pengukur suhu - digunakan utk ukur suhu baby. kdg2 kite x sure anak kite demam ke x
  • tungku baby
j. for mama's care
  • pilis
  • param
  • tungku
  • minyak panas
  • mandian herba
  • bengkung - 2 set.
  • nursing bra
  • nursing pad
  • jamu - bergantung pd kesesuaian..tp sy mmg x mengamalkan pengambilan jamu sepanjang tempoh berpantang sbb based on my experience, anak sy mengalami cherry berry yg teruk klu sy mkn jamu. jd sy cume mkn supplement yg disyorkan oleh dokter shj.
rasanye itu sahaja kot yg perlu disediakan. tp apepon belila brg2 tu mengikut keperluan, kesesuaian n kemampuan.
/hmm


Wednesday, September 7, 2011

37 weeks

Assalammualaikum semua..

arini da genap 37mgu baby dlm perut
as usual g routine checkup
spt dijangkakan tersangatla ramai org kt klinik kesihatan /sweat

checkup sumenye ok =D>
yg plg ok adalah krn berat bdn sy bertambah 600g :D
okla tu kan. so skg da 52.5kg
BP pon ok 100/70
Hb pon ok jugak 12.9
so far so good lahhhh


utk mgu ke 37 ni kena scan skali lg ngan dokter
alhamdulillah..berat bby skrg da almost 2.4kg
tp doctor ckp perut sy kecik n dijangkakan bby kuar nnt pon around 2.6kg
xkisahla...
yg penting baby sihat :)


sy mmg x pandai lgsg tgk gmbr ni. yg sy fhm adalah EDD n foetal weight. tp klu ikut EDD yg tertulis kt situ baby akan kuar 13/10/2011. lewat 2mgu dr tarikh yg nurse bagi.

ok2..abes cite pasal saya n baby
mestila nk kena cite sket pasal abg aiman kan.
tgh develop die punye verbal skill
semakin berselera mkn - tp still xnk minum susu /floor


papa main game, aiman dgr yasin

happyla tu /nobigdeal

okla..tu aje
bubbye /bye

Friday, August 26, 2011

Persiapan

Assalammualaikum semua....

sblm kite bercerita
sy nk tulis satu perbualan ant sy ngan encik kamaruddin
situasinye adalah pd satu pg yg hening abg aiman asik merengek2

encik kamaruddin: apalah abg aiman ni. merengek mcm budak kecik jek
saya: ?????? erk (dlm ati..da tentu aiman tu mmg kecik lg)

maybe beliau rasa abg aiman da jd budak besar
hakikatnye si rasaksa yg kecik tu br berusia 22bln
maybe x lama lg die nk dpt adik, kami rasa die da mcm budak besar

ok..kite berbalik pd tajuk entry
PERSIAPAN tu bkn persiapan raya ok..
raya bnda yg ketiga keempat dlm otak sy skrg
wkt2 skrg sy lebih pentingkan persiapan utk bersalin

antara persiapan yg sy da buat
1. barang baby - rasanye da 100% complete. arini br start nk basuh baju2 lama abg aiman yg masih bole digunakan adik. sume brg2 yg nk dibawa ke hosp da ada kt dlm boot keta sejak mengandung 7bln.
2. brg2 saya - rasanye xde ape sgt kot.x secomplete brg baby.

erm...tetibe xde mood nk bercerite..
ada masa sy sambung lg
hiks....

Wednesday, August 24, 2011

Terima kasih ADIK GIANT!

Assalammualaikum semua..
sblm sy cite pasal ADIK GIANT sy nk cite pasal arini
arini cuaca sgt panas
blk sekolah jek sy terus drive keta laju2 sbb xsabo nk smp umah

smp umah terus masuk bilik, siap lock tu
on kipas yg plg max
x cukup lg on air cond
fuh....sedapnye..!!!!
ingtkan nk zzzzzz
tp kejam2 mata xleh plak

ok..berbalik pd kisah ADIK GIANT tu
smlm sy g Giant
x sangka plak ramai plak org nyopping ari tu
masa beratur nk byr hny satu kaunter jek yg bukak
sy turn no3
tp lps sy beratur tetibe jek kt blkg sy da ada ramai customer lain

customer yg 1st tu byr gune credit card
biasala klu gune cc mesti ada stuck here n there
so, terpaksalah tgu
adalah stuck dlm 5minit
yg bertugas kt kaunter tu seorg budak lelaki
agak2 umur dlm 19 ke 20 thn la
ensem jugak (tp encik kamaruddin i lg encem tau!)

budak cashier tu tetibe dtg kt saya kasi kerusi soh sy duduk
tp sy mcm malu2 kucing
tela..ramai org , malu plak
hehehe
pastu die panggil kwn die soh uruskan customer tu punye credit card
die g jump kt kaunter seblah n bukak kaunter baru
customer2 yg lain berpusu2la menolak trolley ke seblah sana
tp yg surprisenye die panggil saya
"kak, byr kt sini"
then die ckp kt customer lain
"mintak maaf ye. kite bg kt kakak ni dulu. kesian die tgh pregnant"
sy dgn happynye pon byrla kt situ
x taula ape perasaan org lain
bengang ke ape ke
tp klu yg pena mmgndung tu maybe phmla condition sy
yg anak2 dara tu muke semacam jek
(dlm ati....lantak kau la!)
masa letak2 brg kat meja cashier tu adik td siap tolong amek brg2 dr trolley sy utk di scan

jd...persoalannye..sapekah ADIK GIANT tu?
ADIK GIANTU tu adalah cashier yg baik ati tula
x sangka dlm dunia serba moden dan canggih ni ada lg anak2 muda (org laki plak tu) yg concern mcm tu
kpd adik tersebut akak doakan yg terbaik utk awk
moga2 awk dpt jodoh perempuan yg cun n baik
tq byk2
utk pengetahuan ini adalah kali ke2 die tlg sy
b4 this pon pena..kes yg lbh kurang sama


hhmmm.....ni mungkin salah satu kelebihan menjadi ibu yg mengandung
org mudah kesian
hiks...

slmt berpuasa
slmt memasak utk berbuka puasa
slmt membeli mknan di bazar ramadhan
bubye!



Tuesday, August 23, 2011

35 weeks

Assalammualaikum semua...

arini saya g check up utk 35th week
yahooo! berat sy bertambah 1kg
seronoknye....
last 2 weeks turun 2kg
n now da gain sekilo balik
okla tu dr x naik lgsg
kang kena mare ngn nurse

part yg plg best semestinye masa dgr bunyik jantung baby
alhamdulllah...baby mama mesti sihat kn walaupon skrg mama tgh berpuasa
hrp2 apa yg mama mkn cukup utk baby

arini plg best puasa sbb cuaca sgtla redup n mendung
sejuk jek
xla terasa haus n keletihan sgt

slmt berbuka puasa semua:)

Saturday, August 20, 2011

Cheer up your life!


Assalammualaikum semua..
arini da 20 ramadhan
cpt jek ms berlalu kn

td kn sy g tuition
dgn keadaan yg sgt malas
start kul 230 smp 4ptg
seriously mmg mls giler nk ngajo n xde mood sgt2 (smp ada rs x ikhlas..ish ish)
antara kul 230 smp 330 tu segala mcm perasaan ada
tetibe bdn jd lembik sesgt
n baby tetibe melakukn aksi2 akrobatik
rasa da nk blk sgt
dlm kepala da pk
1. pasni nk blk terus
2. xnk g pasar restock brg2 bsh
3. blk nk rest
4. buke puase nk pakse encik kamaruddin beli kt bazar jek

dlm keadaan stress mcm tu sy tgk jam da pukul 3.57ptg..yahoo! da nk abes klas
tetibe....perasaan2 yg x best tu dgn sekelip mata da ilang
tetibe dlm kepala pk "nk msk ape ek ptg ni?"
nk g pasarla beli itu ini
anehnye perasaan ini
bile kite stress sume bnda xde mood nk buat tp bile happy penat mcm mana pon mesti sanggup buat kn kn kn?
erk...ke sy sorg jek yg rasa mcm ni?

jap td encik kamaruddin telah menyiapkan hidangan berbuka (caya x?)
beliau serg yg suke masak sbnrnye
ari tu msk daging msk merah sedap smp menjilat2 jari!
arini beliau masak mee sup versi kpg alor lintang
gerenti sedap
lain kali msk la lg ye
hehehehhe..jimat tenaga i arini

next week last sek pastu cuti raya seminggu
naik cuti raya da trial spm
nasib baik thn ni ajar 2 je klas spm
x bykla nk tanda paper kn
15hb sepetember da start cuti bersalin
konon2 nk amek cuti 2 mgu awal
actually xtau lg cuti tu approve ke x
sbb pengetua baru ni strict sket
x kisahla....
klu dpt alhamdulillah
klu x dpt, xpela - g sekolah ngan rasa yg ikhlas
huhuhuhu
tp ada baiknye g sek wkt da nk dekat2 bersalin
exercise sket
mana tau sakit bersalin kt sek..ada ramai org nk memberi bantuan
klu tgh sakit bersalin tu kt umah
sorg2 plak tu
erk...takutnye...mintak2 xdela sy skt ms xde org kt sekeliling sy
dala jiran2 sy ni bole dikategorikan sbg buat hal sendiri
almaklumla..kami jek fmly melayu kt situ
klula dpt cuti 2mgu awal, at least sy dpt rehat2 kt umah
baca buku...ilang stress

sebelum sy mengakhiri entry ini
sape2 yg rindu kt saya (hiks)
n rindu kt abg aiman
nila wajah terbaru kami

preggy 34th weeks

abg aiman at 22months

selamat berbuka puasa semua:)


Thursday, August 18, 2011

Rezeki berganda di bln Ramadhan

Assalammualaikum semua...

ape yg berganda tu sbnrnye?
xdela menarik sgt pon tp cukup mengujakan kami

1stly, as every malaysians knows (chewah..), gomen servant kn dpt bonus
baru dpt setgh bln gaji da kecoh satu bumi malaya..hik hik
tp bonus tu da nk abes pon
ari tu g senQ beli water heater, thermopot ngan iron
abes da ratus2 kt situ
tp xpe...sbb brg2 tu sume bergune
water heater tu sbb utama nk gune waktu dlm pantang
memandangkan mama hny nk pantang jap jek kt umah mak, maka bykla bnda kena buat sendiri
xkan nk mandi air sejuk kot wkt dlm pantang
klu dulu ari2 ada oorg tlg masakkan air panas utk mandi saya n baby


yg kedua...aritu sy ada cite pasal nk smbut birthday papa kn
sbnrnye kitorg g buke puasa kt Ponderosa Golf Resort
actually tmpt tu adalah destinasi wajib ktorg wkt bln ramadhan (start dr 2008 smp skrg)
sekali jek sbln g situ, bkn ari2 tau
ktorg suke g situ sbb berbaloi2
buffet ramadhan agak murah
rm56 nett (klu hotel2 lain da tentu 70++++)
menu pon bole tahan sedap
yg plg special daging kambing golek die mmg ummphhh!
yg bestnye thn ni buffet ranmadhan kami di sponsor oleh salah seorg chef kt situ
(masa nk byr bil cashier tu kate akk punye table da ada org byrkan)
erk...terkejut lak memula
he.....alhamdulillah
chef tu nama chef zainal
beliau adalah suami kepada kerani kt sekolah sy
tq very much!!!!

yg lain2 adalah dpt mkn free wkt berbuka
last week supplier papa blnja kt hotel mutiara n hotel selesa
best gak keja private sector ni kan
byk org2 nk sponsor itu ini
dahla bonus berbulan bulan bulan bulan bulan gaji
tapi xpe...sy jugak yg untung
hiks!!

bln ni adalah bln last sy buat tuition
nekad nk stop walaupon telah dipujuk oleh owner center tu spy sy teruskan smp bersalin
i'm sorry.....
owner tution center tu x pena preggy lg so, die maybe xtau betapa penatnye ibu yg mengandung ni
lg2 bile da kt 3rd trimester
sy da dpt payment utk last month
alhamdulillah...kali ni payment lebih byk dr biasa :)
maybe sbb ada pertmbhn student
bolela beli wooden block utk abg aiman
n bolela beli baju baby lg
ish ish...jgnla membazir

itu aje kot rezeki terpijak bln ni
harap2 ada lg la rezeki yg lain2
oppss...smlm ada org bg kuih tart nenas ngn buah limau barli 2 bijik
buah barli tu mmg sedap sgt2

yeay! esok sabtu
maknanye esok cuti
bole bgn lmbt
yuhu!






Tuesday, August 16, 2011

Lagi 6 minggu

Assalammualaikum semua...

skrg kandungan da mencecah 34 minggu
klu ikut EDD maknanye ada 6 minggu lagi sblm baby kuar
masa abg aiman dulu cukup 38 week da bersalin
dis time xtaula
klu overdue pon x kisahla
klu kena induce pon x kisah jugak
klu kena operate...erkkk.... takutnye....:(
tp yg penting baby dan saya selamat
berserah sahaja
tp klu bole nk bersalin awal mcm masa abg aiman
mudah-mudahan
ameen....

skrg sy berada di dalam zone yg sgt x selesa
sgt2 penat...exhausted tambh2 lg skrg bln puasa
mgu ni sy da xlarat lg nk masak utk berbuka
nk bgn sahur pon rasa mls sgt
baju pon da byk yg x lipat....da 3 bakul
pinggan mangkuk kotor pon tgu da byk baru basuh
nasib baik papa byk membantu :)

kt sekolah da tentu penat sbb asik turun naik tangga
kt umah pon sama
dlm tgh mengandung sarat ni kdg2 sy masih lg dukung aiman masa turun n naik tangga
kdg2 kesian tgk die kena panjat tangga yg ada 17 mata tu
sy bkn merungut tp sy rasa tahap kepenatan sy da smp tahap yg plg maximum!
sy sgt penat smp x lalu nk mkn

sy bercadang nk bercuti awal
tp x apply lg
sbb silibus byk lg x cover
bercuti dgn keja yg masih tertangguh x best plak kan

semoga allah memudahkan urusan saya
semoga allah masih memberi kudrat kpd saya
........

Friday, August 12, 2011

update - 33th week

assalammualaikum semua..
puasa x?

1stly, of course la nk cite pasal mkn2
da 2 ari bukak pose kt luar
ari slase kt kenny rogers
rabu kt rasamas. bukak pose ngan opismate encik kamaruddin bersempena dgn farewell student praktikal kt situ
smlm...sy sgt tidak mempunyai kudrat utk menyediakan juadah berbuka
tapi yg surprisenye encik kamaruddin kelentang kelentung kat dapur
dan akhirnye.....beliau berjaya memasak daging msk merah yg sgt enak dan lazat
abg aiman mkn smp menjilat pinggan!

ari slase sy attend routine checkup utk mgu yg ke 33
ni la check up yg plg x best
sbb sy telah kehilangan berat sbyk 2kg dlm ms 2mgu!
berat skrg 50.3kg jek
akibatnye sy telah dimarahin dan dibebeli oleh nurse2 kt situ
ari tu jugak kena refer dokter
utk kali keberapa ntah sy kena bebel lg ngn dokter
dokter scan utk pastikan condition bby
alhamdulillah bby is growing
berat bby skg 1800g which is normal
kandungn air ketuban pon normal
denyutan jntung bby pon normal
so, yg x normal adalh ibu bby
d doctor keep on membebel np sy bole loss 2kg within 2 weeks

antara alasan pertama yg sy berikan adalah sbb sy berpuasa
dokter ckp klu rs x larat jek kena terus bukak pose
klu rs pening jek bukak pose
klu rasa pedih ulu hati cpt2 bukak pose
ui....
kesimpulannye die ckp sy x digalakkan berpuasa
(dokter itu adalah dokter berketurunan cine)

alasan kedua adalah sy sgt2 x berselera mkn sejak akhir2 ni
dokter pesan mkn secara kerap ttp dlm kuantiti yg sedikit
makesure minum susu 3 gelas sehari
jgn lupe mkn supplement

alasan ketiga sbb sy sgt penat
pnt sbb keja n penat sbb jage anak yg masih kecik n tgh lasak
jwpn dokter adalah jwpn yg realistik tp x bole blah..
die advice spy melakukan perancangan kehamilan lps dpt anak no 2
jarak yg sesuai utk hamil lg adalah sekurang2nye 2 thn
lps tu adalah die nasihatkan yg lain2 yg berkaitan dgnnye
utk cover malu sy ckpla
sy breastfeed baby
so, sy xde menstrual cycle
sekali je period dtg, then masa ovulation the fertilization accidentally occur
hiks....memandai2 je kan

ooo...ckp pasal contraception ni
plan pas bersalin ni, i should practice mana2 contraceptive method
ada 3 method, natural, physical n yg melibatkan chemical. pilih jela yg mana2 suka
(tajuk contraceptive method ni ada dlm subtopic bio f5 - students sgt malu2 kucing ketika mempelajari topik ini:P)...ngade2...hiks
tp sy prefer physical method
IUD mcm ok je kn

apa lg nk cite ek?
pasal abg aiman
abg aiman semakin ngade2 tp semakin bijak
kdg2 kelakar tgk perangai die yg mcm2 tu

okla...sekian sahaja:)



Thursday, August 4, 2011

4 & 5 Ramadhan

assalammualaikum semua....
entry ni dibuat smlm
tp sbb ada gangguan teknikal maka sy publish kn arini

1stly nk cite pasal makan
utk berbuka puasa arini sy da siap masak..yeay!
menu ari ni adalah ikan masin masak lemak cili api letak nenas, ayam goreng berempah n salad
air plak ialah air teh o laici
utk 5 ramadhan ni x masak lg
pntla arini
plan nk masak mee bandung
ubah selera sket
asik mkn nasi jek
smlm mkn lauk simple giler
ikan bakar ngan telur dadar plus salad...heheh
sy bukanlah pemasak yg berbakat
tp sy sgt happy bile encik kamaruddin puji masakan saya:)

2ndly nk cite pasal abg aiman
abg aiman kurang sihat arini dan smlm
die demam, selsema dan batuk2 akibat mkn terlalu byk buah
get well soon sayang
tp dlm demam2 tu..inilah aktiviti die ptg smlm

aiman jadik antu bedak

3rdly pasal encik kamaruddin yg tersayang
beliau pon telah diserang oleh virus2 yg x best tu
smlm mc
walaupon sakit beliau sgt rajin menolong saya di dapur
tq so much n get well soon jugak:)

yg keempat nk cerita pasal diri saya
alhamdulillah masuk arini saya masih lagi larat nk puasa
tp seriously...mmg sgt meletihkan
maybe sy ni kategori lembek sket kot
sket2 penat...sket2 lapar
hiksss
sgt kagum pada rakan2 lain yg mampu puasa penuh walaupon kandungan da 38weeks!

lastly nk cite pasal baby dlm perut
smlm g check up
check up plus scan
rasanye da lame x scan baby
last time masa baby 18 weeks
mengikut kate dokter baby skrg da mpy jisim 1719g (1.719kg)
saiz kepala normal
kuantiti amniotic fluid normal
digestive tract da terbentuk ngan sempurna
jantung normal (ada 4 chambers n jelas kelihatan aorta - salur darah utama yg angkut oxygen)
tp scanner tu xleh detect klu ada jantung berlubang
about d gender..ni yg best nk cerite ni ...hehehehhe
utk kali pertama kami berjaya lihat hamburger sign dgn jelas sekali
ooo...dgn image 3D begitu rupe bentuknye
tp kami xnakla yakin sgt pasal gender baby (mengharap lebih sgt takut kecewa plak)
alhamdulillah...baby mama sihat nmpknye:)
semoga sihat smp bile2

skrg da start pk nama baby
xtau nk kasi name ape
harap2 muncullah idea
tp sejak preggy kami asik panggil baby dgn nama 'ayesha.
klu gal insyaallah kami akan namakan die sbg 'ayesha.
klu boy?
nnt suruh aiman bg nama
hiks!

slmt berbuka puasa semua:)

Tuesday, August 2, 2011

2 Ramadhan

Assalammualaikum semua..

alhamdulillah
smlm 1 ramadhan sy berjaya menyudahkan puasa sy utk ari tersebut
arini skrg da pukul 430ptg
insyaallah sy akan cube bertahan smp berbuka
so far berpuasa dgn keadaan sarat mengandung plus menjadi ibu yg berkerjaya mmg sgt2 meletihkan
baby dlm perut mmg sgt2 la aktif membuat perrgerakan akrobatik
mama suke sgt bile baby gerak2 dlm perut

dlm pada penat2 tu sy sempat lagik masak utk berbuka
smlm masa daging masak kicap ngan fruit salad
menu arini ayam masak merah ngan vegetable salad
masak simple2 jek
opps..salad tu blom buat lg
nk tgu encik kamaruddin balik keja baru nk g pasar beli sayur
beliau janji nk tlg sy masak arini
utk menjimatkan kos plus menjimatkan tenaga lauk utk berbka sy masak lebih supaya bole buat sahur sekali

sy da plan menu utk spnjg mgu ni
plan je lebih
ntah2 esok lusa akhirnye buka kt kedai x pon berbuka dgn makanan kt bazar ramadhan
biasala....i ni kan hangat2 taik ayam
hiksss
tp seriously..sejak mengandung ni mmg sgt la x suka mkn kt luar
tp esok ngan khamis ada kelas tmbhn smp kul 3
harap2 sy berdaya la utk berpuasa smp wkt berbuka

tetibe teringin nk minum air laici
dan tibe2 sy rasa bahasa melayu sy (dlm karangan) sgtla teruk
hiks...
slmt berbuka semua:)

Thursday, July 28, 2011

check up 31 week..

Assalammualaikum semua....

Smlm sy g check up kt klinik kesihatan ulu tiram
abes jek waktu sek, kemas2 buku terus g klinik

alhamdulillah smlm x ramai sgt org
x sabar2 time check perut sebab nk dgr denyutan jantung baby
alhamdulillah..baby mama masih di situ:)

keseluruhannye...semuanye memuaskan
cume berat bdn jek x naik byk
sepatutnye berat bdn nak 2kg, tp berat saya cume naik 0.5kg shj
kena mkn byk2 la pasni
next visit, 2 mgu lg

sekian:)