Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

utk tatapan ibu bapa

Assalammualaikum semua..

/hihi
sekadar berkongsi



4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
------------------------------------
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.





Tuesday, October 4, 2011

Jaundice in Newborn

Assalammualaikum semua...
/hihi

arini ari ke 18, 18/44...byk lg ari sblm smp ari ke 44
hhmmm..
/hmm

ok...bg baby yg baru lahir, masalah jaundice @ kuning adalah perkara yg normal (bg saya adalah normal sbb kedua dua anak saya mengalami slightly jaundice pd 2 mgu pertama)
mcm mana nk detect if baby mengalami jaundice?
yg plg mudah adalah dgn melihat wrn kulit mereka
warna kulit kelihatan kekuningan
dan pada satu tahap yg agak serius, wrn putih mata juga kelihatan berwarna kuning

apakah penyebab jaundice dikalangan baby yg baru lahir?
ia disebabkan oleh paras bilirubin yg tinggi dalam darah
apa yg saya faham (dr apa yg sy pernah bljr), bilirubin dihasilkan apabila tubuh memecahkan sel darah merah yg telah tua.
bilirubin adalah compund yg berwrna oren kekuningan
ia juge memberi wrn kpd najis
bilirubin diproses dan disingkirkan oleh hati sbg bile melalui intestine

fungsi hati belum matang sepenuhnye apabila baby dilahirkan
oleh itu, hati tidak dpt menyingkirkan bilirubin secara efisien
sbb tu kulit baby yg menghidapi jaundice berwarna kekuningan disbbkn oleh bilirubin yg berlebihan

paras bilirubin boleh diketahui melalui pemeriksaan darah
klu klinik kesihatan, pembantu makmal akan mengambil darah di bahagian tumit kaki baby
paras bilirubin yg normal adalah di bawah paras 8 mg
sekiranye bacaan lebih dr 8mg, maka setiap 2 hari, darah baby akan diuji
(bosan ulang alik g klinik)
klu lebih dr 15mg, baby perlu mendapat rawatan yg sepatutnya

apa yg dikhuatri sekiranye paras bilirubin terlalu tgi iaitu 25mg
ia bole menyebabkan kesan buruk spt deafness, cerebral palsy dan yg plg teruk bole menyebabkan kerosakan otak
/omg
selain itu baby bole juga menghidapi masalah thyroid
oleh yg demikian, ibu bapa tidak harus memandang remeh masalah jaundice di kalangan bayi yg baru lahir

bagaimana cara mencegah jaundice drpd berlarutan
yg sebaiknye adalah menyusukan baby secara kerap supaya bilirubin dpt dikumuhkan melalui urin dan stool

ada pendapat yg mengatakan bahawa susu ibu adalah penyebab kpd masalah jaundice
oooo....no no no no
/shock
tidak sama sekali ok
sbnrnye baby diserang jaundice sekiranya mereka tidak memperolek susu ibu yg secukupnye disebabkan oleh masalah ketika penyusuan
kadang2 teknik penyusuan yg salah pon bole menyebabkan bby gagal mendapat susu yg cukup
ditambah pula pada awal2 hari slps kelahiran susu ibu kurang dihasilkan
jd bile baby kurang menyusu, maka kurangla urin dan stool dihasilkan
maka, melambatkan proses penyingkiran bilirubin :)

klu ikut petua org tua2 mcm2 cara nk hilangkan jaundice
antaranya minum susu kambing, minum air kundur, minum air kelapa laut
yg plg popular dgn menjemurkan baby di pagi hari
(nk jemur bole, tp makesure mata baby tidak tekena panahan cahaya matahari)
ataupon mandikan baby dengan air yg bercampur dgn pokok dukung anak

pengalaman saya pula, kedua dua anak menghidapi jaundice
tp alhamdulillah xla terlau teruk :D
masa abg aiman, bacaan yg plg tgi adalah 11.6mg
Aisy pulak 11mg
6 kali ulang alik g klinik
/please

ok..itu sahaja utk hari ini
/bye


Sunday, October 2, 2011

Berpantang sendiri

Assalammualaikum semua...
/hihi

arini ari ke 16 berpantang, 16/44
ada 28 hari lg nk abes pantang :D
smlm saya balik ke rumah sendiri

segan nk pantang lama2 kt umah ayah
lgpon saya rasa bdn pon da rasa sihat sket :)
so, arini sy kena uruskan baby sendiri
termasukla menguruskan diri sendiri

berpantang di rumah sendiri, saya duduk di bilik 'bibik' (walaupon xde bibik)
bilik kecik seblah dapur
senang sket, toilet dekat, dapur pon dekat
cume yg x best sbb xde tv
tp encik K da prepare CD korea
tgk kt lappy jek la...

rutin saya arini
630 pg - bgn, masak breakfast utk encik K n abg aiman..nasi goreng jek
700 pg - iron baju encik K
800 PG - encik K g keja, abg aiman papa anta g umah babysitter. mama x confident lg nk jage 2 org budak kecik dlm waktu2 mcm ni. tgula da abes pantang nnt.

smntara Aisy tdo, saya sidai kain
pastu masak lunch utk diri sy sendiri
sup daging letak kentang n carrot. rebus2 n campak2 jek
mak kate dlm pantang ni jgn mn mknan berminyak
so, sy tgh kumpul menu yg rebus2 n bakar2
tp bosan gile mn maknan org pantang nih
/blur
sup daging kentang carrot

1000 pg - Aisy tgh nyenyak tdo. sy amek kesempatan mandi ngan tenangnye
pas mandi, pakai param n pilis sendiri
termasukla berbengkung sendiri
sedapnye badan pas mandi

jap lg Aisy mesti bgn
nk mandikan die plak
ish..takula nk mandikan baby kecik
arini 1st time nk mandikan Aisy
hrp2 berjayalah...
/please

kul 530 ptg nnt, encik K n abg aiman balik
before mereka balik, makesure mknan utk dinner da siap
so, pandai2la sy cari masa ut msk

ada xsesape terasa asben i mcm kejam jek sbb biarkn wife buat keja2 umah wpon tgh berpntg
ooo...TIDAK!! dont get him wrong
actually sy yg rela hati nk bt sendiri
/nobigdeal
beliau x memaksa, in fact die byk tlg saya skg
lgpon klu asik baring, berehat jek pon x elok utk kesihtn mental n physical kn?
org tua2 pesan, dlm pantang bole jek klu nk buat keja2 umah
tp dgn syarat jgn angkat benda2 berat, jgn turun naik tangga, jgn mkn sebarang2 mknan dan yg plg penting masa buat keja2 ty MESTI pki bengkung
/hmm
nnt sy akan share kt kwn2 semua mengenai kebaikan berbengung sewaktu berpantang :)

okla...setakat ini shj
cik Aisy da menguit2 tu
nk nenenla tu..
sblm tu nengokla gmbr mereka ni

Abg Aiman dan Adik Aisy

muka nk poo poo

/bye

Saturday, October 1, 2011

Tips untuk mengelakkan ruam lampin

Assalammualaikum semua..
apakah ini?
kulit baby yg dijangkiti ruam lampin...Awwwwww!!!!
/sweat

okeh....arini nk share pada semua mengenai tip untuk mengelakkan baby dr terkena ruam lampin.
biasanye ibu2 lebih gemar gunekan nappy rashes cream yg byk dijual kt farmasi2
kdg2 ada certain chemical substance dlm ubat tersebut yg menyebabkan rashes menjadi semakin teruk

petua ni diberikan oleh mak
caranya adalah tiap kali tukarkan diaper baby, sapukan minyak baby or minyak kelapa dara di kawasan tersebut
insyaallah klu diamalkan sejak baby dilahirkan, baby x mudah terkena ruam lampin yg menyakitkan tu

masa aiman dulu, saya xtau lg petua ni
tp sy da praktikkan utk Aisy
setakat 2 minggu ni, alhamdulillah kulit di area tersebut tak merah n nmpk fresh walaupon satu ari sampai 10 kali tkr diaper :D
yela..baby masa di awal2 kelahiran kerap poo poo
tiap kali poo poo tiap kali tula nk tukar diaper die

ok...slmt mencuba ye....:)