Thursday, November 11, 2010

PREGNANCY MOMENT CONTEST-- 22/11/10

Assalammualaikum semua..
yeah...it's contest time - mama skrg mmg kemaruk join contest
contest kali ni khas utk mama


Tajuk contest: Pregnancy moment contest - 22/11/2010
Penganjur: www.only4contest.blogspot.com
www.babystuff2letgo.blogspot.com
www.idakhaileesha.blogspot.com



Pengalaman mengandung selama 38minggu adalah pengalaman yg sgt indah. Alhamdulillah..Allah memudahkan segala urusan saya sepanjang kehamilan. Berat badan saya hanya bertambah 11kg sahaja. Sehingga minggu terakhir, ramai yg tidak percaya saya telah mengandung selama 9bulan kerana saiz perut yg agak kecil.

Sepanjang kehamilan saya kerap berbisik kepada si kecil bahawa saya akan menyusukannya selama 2thn. Mungkin niat yg murni serta keazaman yg tinggi sehingga sekarang susu ini masih mengalir utk si kecil itu.

tanggal 17oktober 2009, hari deepavali, saya telah bertemu dgn kawan baik semasa di kampus. saya sgt teruja bertemu dgn beliau. sy benar2 gembira pd hari tersebut. suami sempat membelikan saya 2biji buah delima kerana di saat akhir tiba2 saya sgt teringin utk menikmati buah itu. pada malam itu saya telah bermimpi saya selamat melahirkan bayi lelaki.

18oktober, ketika bgn dr tidur kelihatan tompok darah telah keluar. kami terus ke hospital dan bukaan serviks hanya 1cm. saya telah ditahan di ward dan doktor menjangkakan saya akan bersalin pada keesokan hari. pukul 7.45mlm saya terasa sgt sakit, seolah2 pinggang dipulas dan perut dicucuk2. saya terus dihantar ke labour room. setelah meneran bbp kali, tepat pukul 8.08mlm, sesudah azan isyak, seorang bayi lelaki, zuriat kami telah selamat dilahirkan.

AIMAN NAQEEB - terima kasih kerana hadir dlm kehidupan mama dan papa. kehadiran aiman membawa seribu rahmat kepada kami.

ish ish..x sangka mama masih bole mengarang cerita. huh! jenuh pikir ayat ape nak buat. almaklumla..da lame x tulis karangan:)

nk tag pada
semua yg baca entry ni.sila la join!

0 comments:

Post a Comment