Friday, January 13, 2012

SAYA BANGGA MENJADI ANAK JOHOR! I LOVE U JOHOR

Assalammualaikum semua...
/hihi



saya anak jati johor
lahir kt johor
mak ayah saya pon org johor
ayah saya keturunan jawa, mak saya bugis
sy bekerja kt johor
plaT no keta saya pon plat johor
anak2 saya pon lahir kt johor
tapi saya kawen ngan org ganu..hehe...

apa yg menarik tentang kami org johor?

1. ibu negeri johor adalah johor baharu tp kami akan panggil jb tu ialah johor
cth: sy nk pegi johor (johor merujuk pada johor baharu)

2.walaupon ejaan johor itu J.O.H.O.R tp kite menyebutnye JOHO

3. org johor xde loghat tersendiri tp kebiasaanye dihujung ayat kami berakhir dgn perkataan ekkk
cth: sape tu ekk?

4. perkataan yg berakhir dgn ejaan "ar" akan disebut "or"
cth: belajar - blajo
gambar - gambo
seluar - seluor
pagar - pago
selipar - selipo
Muar - Muo

5. Perkataan pegang. suku kata "pe", kami sebut seperti sebut suku kata "pe" dalam perkataan petak. mcm lagu kalau berpacaran nyanyian ana rafali, suhaimi meor hassan dan altimet. perasaan x masa part suhaimi meor hassan cara die pronouce perkataan pegang.
"boleh pandang-pandang
jgn pegang - pegang
duduk renggang-renggang"

6. buah tembikai kt johor dikenali sebagai buah semangka.

7. mas kahwin kt johor adalah yg paling murah kt mesia ni. rm 22.50 sahaja:)

8.kami ada gerobok (gobok) iaitu almari dan gebar (gebo) iaitu selimut.

9. kdg2 dlm pertuturan, kami selitkan perkataan "anu".perkataan "anu" bukan perkataan lucah ye. ia digunakan mengikut kesesuaian ayat.
cth: die anu kite - maksudnye die kacau/usik kite

10. mee Bandung berasal dr johor. xde kaitan ngan bandung, indonesia

tapi kan saya sendiri da sgt2 jarang menggunakan perkataan2 "istimewa" di atas.
mungkin disebabkan perubahan sekeliling saya
masa form 1 lg saya da duduk kt asrama di melaka yg mana kawan2 sy x semuanya org johor. dr situ sy da x menggunakan perkataan2 org johor
tp perkataan "ekkk" tu tetap x bole dihilangkan dr pertuturan saya..
hkss.... ;)

SAYA SAYANG NEGERI JOHOR!

1 comments:

Ubaidullah Jaafar said...

Berkunjung ,saya dari Johor =)

http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri-johor.html

Post a Comment