Friday, March 15, 2019

Bagaimana nak menyimpan 20g emas dalam masa setahun?

Hai wanita! Siapa suka emas? Angkat tangan!Saya pasti kebanyakan kaum hawa kat dunia ni suka pada emas. Ini kerana emas merupakan satu logam yang melambangkan kemewahan, keagungan dan kegahan. Sifat fizikalnya yang berkilat dan berkilau pasti memukau mata apatah lagi jika emas tersebut ditempa menjadi barang perhiasan wanita seperti gelang tangan, rantai leher, subang mahupun cincin. Selain itu, emas boleh dijadikan pelaburan dan juga digunakan sewaktu kecemasan kewangan.
Image result for jewelry
Walaupun ianya cantik dan menjadi idaman tapi untuk memilikinya kita harus membayarnya dengan nilai yang agak tinggi. Katakan harga pasaran bagi 1 gram emas 916 adalah RM195/g. Sebentuk cincin dengan beratnya 3g bernilai RM585 (berat emas x harga emas) tidak termasuk upah pembuatannya. Cuba kira untuk 20g emas, berapa  pula wang yang harus dileburkan?  Sebagai golongan marhean memang agak kurang mampu nak membeli barang kemas setiap bulan. Paling tidak kita akan membeli barang kemas setahun sekali pada waktu harga pasaran emas menurun atau semasa kita mendapat durian runtuh. Tapi ingat ye. Harga emas sentiasa meningkat saban tahun. Tak percaya cuba tanya mak-mak kita berapa harga cincin perkahwinan mereka 20 tahun lepas?



Tapi.....ada satu cara bagaimana kita sebagai seorang perempuan yang bijaksana boleh memiliki 20g emas tanpa mengeluarkan duit selepuk. Siapa nak tahu, boleh baca selanjutnya. Siapa yang tak berminat boleh scroll laju-laju

Kini, terdapat satu perhiasan emas yang diinspirasikan dari satu jenama mewah antarabangsa iaitu PA*N*ORA. Peminat-peminat aksesori wanita pasti dah biasa dengar dan lihat aksesori-aksesori yang dikeluarkan jenama PA*N*ORA ini kerana ia banyak digayakan oleh selebriti-selebriti tanah air dan antarabangasa. Salah satu produk PA*N*ORA yang menjadi kegilaan wanita seantero dunia adalah rantai tangannya kerana ianya boleh dihiaskan dengan loket-loket yang unik dan comel, Loket itu dikenali dengan istilah "charms". Charms ini saiznya kecil sahaja dengam berat sekitar 1g-4g sebiji dan ia akan dimasukkan ke dalam rantai tangan untuk menaikkan seri pada rantai tangan tersebut seterusnya menjadi identiti pada jenama itu sendiri. Apa yang uniknya mengenai charms ini adalah kerana ia mempunyai bentuk yang unik, comel serta mempunyai tema tertentu. Sebagai contoh, jika tema yang dipilih adalah tema fesyen wanita, maka  charms yang dihasilkan berbentuk dress, stiletto, handbag berbagai bentuk dan sebagainya.
Image result for pandora charms

TETAPI....jenama tersebut mengeluarkan produk berasaskan emas putih atau white gold. Emas putih merupakan emas yang telah melalui proses pelunturan yang mana warnanya terluntur menjadi warna seperti perak. Walaupun begitu, logam tersebut masih kelihatan cantik dan berkilau, malangnya nilainya telah berkurang. Ini bermaksud nilai untuk jualan semula bagi 1g telah jatuh merosot. Senang cerita kalau nak gadai, tak ada nilai. Katakan harga pasaran 1g emas putih RM180.  Kalau nak jual semula sebagai emas terpakai mungkin nilainya hanya RM80 segram. Rugi ke atau rugi sangat2?

Oleh itu, terdapat pengeluar emas perhiasan mengimprovasikan rantai tangan PA*N*ORA dengan menempanya menggunakan emas 916. Oleh itu charms yang dihasilkan berasaskan emas yang sudah tentu nilainya lebih tinggi. Oleh kerana beratnya sekitar 1g-4g sebiji maka untuk memilikinya setiap bulan adalah tidak mustahil. Kita boleh menjadikan pembelian charms ini sebagai komitmen bulanan kita. Katakan kita membeli satu biji charm setiap bulan dengan beratnya 1.5g. Katakan harga pasaran adalah RM200g maka sebiji charm berharga RM350. Jika kita konsisten membeli 1.5g  setiap bulan, maka dalam masa setahun kita dapat menyimpan sebanyak 18g emas tanpa mengeluarkan RM4200 sekaligus! 

Note : Abaikan harga upah pembuatan kerana sekarang ini tedapat ramai peniaga emas memberikan harga upah RM 0 (tiada upah). Kena pandai2 cari yang trusted ye.

No photo description available.
Charms dengan tema fauna. 

No photo description available.
*Gambar diambil dari FB Zahratul Akmal Ibrahim*
https://www.facebook.com/zahratulakmal.ibrahim

Jika kita merancang menyimpan wang RM350 sebulan bermula Januari sehingga Disember dengan tujuan untuk membeli emas dengan amount RM4200 adakah perancangan kita akan menjadi kenyataan? Bagi mereka yang determine mungkin impian dapat direalisasikan, tetapi golongan hangat2 tahi ayam seperti saya mungkin impian hancur di tengah jalan. 
No photo description available.
Oleh itu, membeli 1 biji charm emas setiap bulan adalah cara yang relevan untuk kita mensasarkan 20g emas setahun. Jangan rasa rugi atau membazir untuk melaburkan sedikit wang gaji anda untuk simpanan emas berbentuk charms. Salah satu manfaatnya adalah sewktu kecemasan di mana anda perlukan duit segera. Anda boleh menggadaikan/menjual charm anda di pusat-pusat gadaian tanpa menggadaikan seutas rantai anda. Anda hanya perlu menggadaikan beberapa biji charms berdasarkan wang yang anda perlukan.
* katakan anda hanya perlukan RM500 sahaja. Mungkin anda hanya perlukan 5 biji charms aje untuk gadaian. tak perlulah gadai seutas rantai terus*

Kalau ada yang bertanya di mana boleh dapatkan charms gold ini? Ia boleh dibeli di kedai2 emas seperti kedai emas Pak Habib, kedai emas uncle Chan dan Pakcik Poh. Boleh juga didapati dari peniaga emas online.

Ayuh kita mulakan menyimpan 1 biji charm setiap bulan bermula gaji bulan hadapan!


Saturday, March 24, 2018

Jelajah Utara 2018 Part 1

Assalammulaikum semua..

siri jelajah utara 2018 dimulakan dengan lawatan ke KELLIE'S CASTLE.
Kalau anda dari Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, sila exit ke GOPENG. nak senang on je WAZE. confirm tak sesat.

Kellie's Castle ni sebenarnya adalah rumah agam. Ia dibina atas dasar rasa cinta suami kepada isterinya. ia dibina oleh seorang warga Scotland yang berhijrah ke Tanah Melayu bernama MR SMITH. nak tahu lebih lanjut mengenai Kellie's Castle bole click link di bawah

https://harithsidek.blogspot.com/2012/07/mengungkap-sejarah-serta-misteri-istana.html

Tiket masuk:
DEWASA RM5
KANAK-KANAK RM3.

Tengok gambar je ok







bila dah lawat istana ni dan baca mengenai sejarahnya apa yang dapat dipelajari adalah apabila kita berada di negara asing, kita perlu dan terpaksa survive. cuba kita tengok apa yang berlaku sekarang kat negara kita. orang Kemboja yang asalnya berhijrah ke malaysia untuk dapatkan perlindungan dari peperangan telah menguasai industri tekstil. begitu juga warga Pakistan. kenapa mereka boleh berjaya? kerana semangat juang mereka tinggi. survival mereka tinggi. bagaimanakah pula dengan kita? apa yang tinggal untuk kita dan generasi akan datang khususnya?

Wednesday, August 30, 2017

Ayesara Nurdeena

Assalammulaikum semua..

budak comel ni dah 3 tahun 5 bulan dah umurnya tapi saya tak pernah buat satu post pun untuk dia. hahahhaah.

ini dia ahli paling muda dalam DZu Legacy. memperkenalkan.......

nama dia Ayesara Nurdeena

AYESARA - YANG KAYA, YANG MEWAH
NURDEENA - CAHAYA AGAMA KAMI

lahir pada 10 May 2014, 3;09am, hari  Sabtu seberat 2.84KG

PD Ostrich Farm, Port dickson

Assalammulaikum semua..

saya nak share satu tempat menarik untuk dilawati kalau sesiapa berkunjung ke Port Dickson. as we all know, PD ni adalah kawasan peranginan. so untuk sesiapa yang sukakan beach, memang PD adalah destinasi yang paling sesuai untuk beach lover.

selain pantainya yang cantik, tarikan lain adalah PD Ostrich Farm. taman ni macam mini zoo jugalah. tarikan utama adalah burung unta (ostrich) dan sedikit haiwan2 yang rare dan exotic seperti kambing gurun.

tiket masuk adalah RM 15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

tempat ni memang sesuai untuk dilawati untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. sesiapa yang berkunjung ke PD, jangan lupa datang ke sini.









Saturday, November 5, 2016

SETELAH HAMPIR SETAHUN

Assalammualaikum semua..
Ya ALLAH...saya memang dah hampir lupa saya ada blog dan pernah jadi blogger.
Sampai lupa nama blog saya apa.

lama dah tak menulis kat sini. hampir setahun.
kalau blog ni diibaratkan macam rumah, confirm dah bersemak samun, lalang tinggi semeter, silap haribulan ada makhluk menyusur duduk dalam ni..

Apa khabar lah kawan-kawan blog saya yang saya follow dan baca blognya hari2 satu masa dulu?

insya allah, lepas ni nak rajin menulis sikit sebab saya memang suka menulis.

dulu nama blog ni "INI BLOG AIMAN"
Lepas tu tukar "KISAH AIMAN&AYESHA"
Sekarang patut tukar sebab saya dah ada 3 nuggets yg comel.

sampai jumpa lagi.
rasa aura enulis tu macam dah membara semula ni..
hehehhehe
harap2 ada entry seterusnya lepas ni
bye..

Wednesday, November 18, 2015

Bertemu Kembali

Assalammualaikum semua...

ada lagi ke orang yang sudi menjengah blog Aiman&Ayesha ni
rasanya nak kena tukar nama blog ni
Aiman Ayesha dan Ayesara

last post tahun 2013
dah 2 tahun tak berblogging
rindu pulak rasanya
bila saya baca semula post2 yang dulu, tiba2 rasa sebak sikit
chewah! emo pulak memalam buta ni
rajinnya saya dulu update blog
menulis pasal anak2, family dan kerja
tengok semula gambar2 aiman dan ayesha rasa cepat sungguh masa berlalu
mereka da dewasa sekarang especially aiman
tahun depan dah darjah 1

seronok baca post yang dulu2
nasib dulu rajin buat catatan dalam blog
mengimbas memori yang hampir luput dalam ingatan

sekarang da penghujung 2015
banyak benda yang da berubah
usia makin meningkat
kulit muka dah ada kedut2 sikit

insya allah lepas2 ni nak sambung hobi menulis dalam blog

selaamt malam semua 



Wednesday, November 13, 2013

cerita best 2013

asslammulaikum semua...
hai hai hai
dah berbulan2 tak menulis di blog "KISAH AIMAN&AYESHA" ni
oppss..tahun depan dah kena tukar title blog nampaknya
adakah "KISAH AIMAN, AYESHA & ARRIAN" ataupun "KISAH AIMAN, AYESHA & ARISSA"?
heeheeheee

Alhamdulillah...saya telah disahkan mengandung baru2 ni.
masuk minggu ni fetus telah berusia 13minggu
buku pink pun da buat
insya allah kalau semuanya selamat baby akan keluar melihat dunia pada 20may2014..
rezeki tidak terjangka
kami terima dengan hati yang gembira :)

itu sahaja lah..tetiba da takda idea.
hihi
ok baiiiii


Wednesday, May 1, 2013

PBS OH PBS

Assalammulaikum semua..
/hihi

mengeluh kejap
kesat peluh yang berjujuran jap
fuh..

pbs oh pbs
mengkucar kacirkan hidupku
membuat soalan, menanda, membetulkan berulang kali, memfailkan dan merekodkan
adakah aku perlu menghadapi keadaan ini sehingga pencen 58thn nnt

sampai satu tahap keikhlasan itu tiada
yang tinggal adalah keterpaksaan tanpa kerelaan
sekian!!!

Sunday, April 21, 2013

wishlist

assalammulaikum..
/hihi

nk bgtau satu dunia
saya nak ni
its volkswagen beetle
mahal gile. 140k
mmg fengsannn!
tp x kire akan ku usahakan utk memilikinye
mesti glamer giler klu bwk keta ni gi sek
mesti abes sebulan jadi buah mulut org
mesti org asik dok tny mampu ke aku byr bulan2
hahahahahha!
ala..bli umah ni pon org dah dok kate mcm2
klu x mampu xkanla bank bole approvekn loan kn kan

thn dpn dpt dg44
bolela nk melaram keta baru
ish...nilah mentaliti org melayu tipikal mcm i
duit byk sikit sibuk nk tukar keta
hihihihihi
persetankan!

ok baiiiii!

Saturday, April 6, 2013

setelah lama tidak bersua

asslammualaikum semua..
/hihi

aunty2 sume ape khabar?
hehehehhe..
rindu saat2 berblogging
byk cerita untuk dikongsikan, malangnya mood selalu xde
dan masa saaaaaaaangat mencemburui saya
tahun ni rasanya thn yg agak bizi utk saya

aiman naqeeb da on berusia 3thn 6bln
ayesha nureena da 1thn 7bln
cpt sungguh masa berlalu..kejap je meraka da besar



aiman da sekolah
perkembangan die sgt drastik sejak gi school ni
alhamdulillah...byk benda baru die blajar
pertututran pon semakin lancar
byk vocab baru die tahu
kindergarten tu english medium
so, setakat bln 4 ni byk jgk english word yg die phm
budak kecik..hati suci lagi
kejap je dapat ape y die blaja



ayesha nureena plak semakin hari semakin bijak
keletah die sgt mencuit hati
byk keletah die yg kami rasa sgt cute
gaya die, intonasi suara sgt mencairkan jiwa dan raga mama
mulut asik potpet potpet
sgt faham bahasa
dan da bole menerima arahan
skrg mama da bole mintak tlg ayesha buat mcm2 bnda
masukkan baju dlm basket, kemas mainan, ambilkan barang

encik kamaruddin plak
sgt bizi dgn kerjanya
alhamdulillah..thn ni beliau dpt promotion lagi
rezeki anak2 katanye

saya pula...tiada ape2 yg lain
masih setia menjadi guru
sama seperti dulu2
umur da mencecah 3 series ni sy da byk kesedaran utk berubah kearah yg lebih baik
yg penting sy harus jaga solat, jaga aurat dan jaga pergaulan
semoga saya boleh menjadi isteri, ibu dan guru yg lebih baik..

itu sahaja la perkembngn kami bereempat

/bye


Friday, January 25, 2013

Poplook! kegilaan kembali

Assalammulaikum semua..
/hihi

haih..x suke tau perasaan mcm ni
perasaan menyopping online utk diri sendiri
especially penny dress di www.thepoplook.com
sgt mengujakan la dorg nye penny dress

dulu ada sekali gile ngan poplook
pastu berhibernasi lama sbb memandangkan penny dress ni sgtla x sesuai utk bf
pastu lately poplook selalu kuarkn design yg sgt cantik di mataku walau x cantik di matamu
(nape ek? apa yg sy rasa cantik selalunye org ckp x cantik)
biasela..kecantikan kan subjektif. 

apa lg..smlm grab 2 pasang. nasib 2 pasang je
ikutkan hawa napsuku rasa mcm nk beli bebanyak
oit setan! nyah la kau dr sini

apa yg best tentang shopping di poplook?
1.setiap minggu akan kuar design yg baru biasanye setiap selasa dan khamis kul 11 pg. 
klu ada design yg baru biasenye poplook akan bgtau 2 days earlier.
 klu ada hot item mmg la maybank2u jam waktu tu. perasaan sgt best dan berdebar2 utk dpt tac number. 
tp sy keja kul 11 pg mmg la xkn menyempat nk shopping time tu. 
balik sek bukak pc, hampes..yg kite suke of kos out of stock
smlm 1st time sy agak bernasib baik.ada satu design dress ni mmg 1st time tgk seriously jatuh cinta. beth dress.tp OOS malangnye. cmne ntah si poplook ni restock balik ms sy tgh browse website tu. saiz s ada plak tu. apa lagi!!!!!!!
kesimpulannya dr penerangan di atas. keseronokan membeli belah diTPL adalah sms kite berusaha utk dptkn baju kegemaran kite sec online. masa tu adrenaline dirembeskan dgn cpt. ada perasaan berdebar, seronok dan nervous sbb kite tau masa tu ada raaaaaaaamai lg yg tgh buat apa yg kite tgh buat.

2. penny dress ni material chiffon n yg best lining penuh smp buku lali

3. saiz penny sgt fit kt bdn saya cume sbb sy ni pendek so kenala alter sikit kelabuhannye

4. beli arini, esok confirm smp depan umah. kesimpulannye.beli arini esok da bole melaram

5. harga bagi sy so far TPL yg sgt reasonable dan affordable bg poketku. penny dress rm69 inc shipping cost

6. klu x suke "change of mind", ada defect kite bole return kt TPL.

okla..kpd sesape yg belum terjebak, silala layari www.thepoplook.com...yeeeeeeeeehaaaaaaa!
HAPPY SHOPPING peeps!

Friday, January 18, 2013

ekstrimis!

Assalammulaikum semua...
/hihi

topik hari ini
ekstrimis!
kesimpulannya...saya x suke org yg terlalu exteme pd sesuatu
xkirela ekstrim pada politik ke, ekstrim pada brg2 branded ke ape ke
ape pon x salah klu kite fanatik pada sesuatu tp jgnlah smp menyinggung perasaan org lain
n d worst sampai jd thp bermegah ya ampun mcm die la paling hebat kt muka bumi ni
smp satu tahap da x bole terima pandangan org lain
fuhhhhhh!
what to say utk org mcm ni
biarlah die dgn labu2nye

kite sbg pendengar n sbg pensaksi kpd kehebatan mereka ni doakan la segala2nye yg terbaik utk mereka
doakanla semoga mereka dgn labu2nye berjaya berenang smp ke tepian pantai
bkn jeles, bkn cemburu, bkn hasad dengki
ya allah..jauhkanla aku dari segala sifat buruk begini
apala sgt yg dikejarkan dgn duniawi ni
dr extreme kpd benda duniawi ni baikla aku extreme pd perkara2 yg menguntungkan aku di sana

bye!!!

Friday, January 11, 2013

Selamat datang 2013

Assalammulaikum semua
/hihi

da sebulan da x jengah kat sini
org lain ada blog, ko pon sibuk nk berblogging tp malas nk update
hihihi :)

x sangka kejap je masa berlalu
2012 pon da cukup 365 hari
pejam celik pejam celik da masuk thn 2013
mcm biasa bile awal thn mcm2 la azam tahun baru
tp azam saya thn ni cume satu aje
"SAYA TAK NAK BERTANGGUH KERJA"
saya rasa utk diri saya klu azam tu terlaksana segala masalah pasti akan dpt diselesaikan

mengambil iktibar pengalaman dr thn2 lps
saya mengaku saya suuuuuuuukaaaaaa sgt buat keja last minute n suke sgt tangguh keja
suke tanda paper last minit
pendek cerita segalanye sy suke tangguh 
dan kesannye of course la pastu confirm stress tahap gaban
thn lps menyaksikan thn yg plg hampes utk saya

moga thaun ini kerajinan saya akan lebih bertambah
rajin dalam kerjaya, rajin dalam melaksanakan kerja2 rumahtangga
rajin dalam hal2 kekeluargaan, 
senang kate rajin dalam segala-galanya
semoga thn ini adalah tahun yg plaing efisien utk saya


EH...ada lg satu azam
thn ni AYesha nureena da 2 thn
bolela berangan nk tambah baru kn
klu conceive bln november 2013, bersalin bln august 2014
apply cuti 3 bln smp november 2014, pastu smbg cuti smp hujung tahun
5bulan wei cuti...hahahahaha!
IN SHAA ALLAH..
semoga segalanya dipermudahkan
AMIN....


Wednesday, December 12, 2012

Jom daftar haji

Assalammulaikum semua...
/hihi

alhamdulillah..tercapai lagi satu hasrat
hasrat utnuk menunaikan rukun islam kelima telah bermula di peringkat awal
smlm kami ke tabung haji dan berjaya mendaftar untuk menjadi jemaah haji 
nk tau thn bile kami dijangka menunaikan haji?
tahun 2056 nnt
laaaaaaambat lagi dan da tua pon masatu - klu umur panjang  ..in shaa allah
tp kerani kt tabung haji tu bgtau klu duit da cukup kami bole apply untuk menunaikan haji dlm masa 4thn lagi
tahun dijangka pergi tu hny jangkaan sahaja
rayuan bole dibuat sekiranya ada kekosongan

mudah aje procedure nk daftar haji ni rupanye
yg penting simpanan dlm akaun TH sekurang2nye rm1300
datang je kat kaunter dgn hanya membawa buku akaun sahaja
alang2, kami daftarkan untuk aiman dan ayesha sekali
mana tau rezeki kami dapat menjejaki ke tanah suci bersama-sama kan

insha allah...AMIN...

Sunday, December 9, 2012

Aiman da Sekolah

Assalammulaikum semua..
/hihi

bln ni umur abg aiman da 3y 2m :))
sekejap jek masa berlalau da beso da anak mama
mama rasa abg aiman makin sweet (ramai org kate abg aiman ni mnais...he..)
makin byk cakap dan makinla byk perangainye
yg wajib - ari2 wajib kena marah...hahahahaha :P

ABG AIMAN 37 months

abG Aiman masih lagi dlm proses diaper free
memula mmg susah dan mencabar betul utk train die x pki diaper
ari 1st 6 kali terkencing dlm seluar
ikutkan ketaksabaran mama mmg training tu diberhentikan serta merta tapi memikirkan ia adalah satu kemestian maka mama cube menabahkan diri utk tgk progress aiman
so far da nk sebulan training ada menunjukkan peningkatan
adalah bbrp kali aiman terbabas
xpe..practice makes perfect

so next year klu ikut tahun sekolah aiman da 4thn
mama ngn papa mmg da plan nk masukkan aiman ke kindergarten
jadi, kindergarten pilihan kami adalah TADIKA SRI ORKID JAYA
tadika ni dekat je ngan umah babysitter
kelas start kul 8pg smp 1145pg
oklah..sehari lebih kurg 4jam aiman kt school
at least adalah benda baru yg menarik aiman dapat blaja dlm satu ari
klu duk umah pengasuh xde aktiviti yg menarik dan luar biasa aiman bole buat

yuran pon x berapa mahal. rm110 dan rm20 for transport
yuran tahunan byr ikut penggal
sepenggal dlm rm470
much cheaper dr smart reader kids dan krista
bukanlah kami berkira sgt pasal pendidikan anak- sbb amek school yg murah2
x semestinya yuran yg mahal menunjukkan ia bagus, dan x semestinya yg yuran murah tu x bagus
 ape pon utk budak yg besar aiman ni, pengaruh ibu bapa adalah yg paling penting
harap nnt abg aiman suke la dgn aktiviti baru die next year ni
balaja rajin2 ye abg aiman
 
bag sekolah SPIDERMAN!
Uniform sekolah. cuteeee jek :)

Saturday, November 3, 2012

Main masak-masak BERSAMA chef ZURANI

Assalammualaikum semua
/hihi

hari ini dalam sejarah
bole masukkan dlm silibus sejarah tingkatan 5 ni
saya update blog smp 5 entry gitewww
cayaaaaaalahhh!
ni gara2 keobsesian sy terhadap memasak
da masak, harusla nk upload kt FB
pastu x sangka raaaaaaaamai plak yg mintak resepi
kdg tu lenguh tgn asik salin resepi
eh....rasa mcm da bole buat buku resepi sendiri
pastu cetak byk2, jual kt kedai buku..dpt royalti..hua hua hua :D
KAYO makcik!

tp bile asik upload gmbr hasil masakan saya kt fb, rupenye ada yg berpandangan serong dan cakap2 belakang
aisehman
ala..i cume upload gmbo makanan, bukan gmbo bogel ke ape ke
sy rasa upload gmbr2 mkanan adalah jauh lebih baik dr kite upload koleksi handbag coach
koleksi kasut TODS ke, upload barang2 ape yg kite ada - tu lagi bermegah saya rasa
jauh di sudut hati saya, x timbul sekelumit perasaan utk bermegah2 apatah lg utk menunjuk2 kehebatan..
from d other side, byk benefit
sbb ramai yg mintak resepi
dan ramai yg try n da ramai yg kate resepi tu menjadi n sgt yummylicious i tell u
tp sedap bkn sbb resepi sy tapi sedap sbb tgn yg memasak tu mmg terror memasak kn
resepi tu guideline sahaja

sape yg x suke kepada gmbr2 koleksi masakan saya dan rasa sy ni masak sbb nk show off, silela pegi ke wall saya dan click butang unfriend ok
kpd yg menyokong hobby memasak sy ni a zillion thank u from me 2 u
harap2 yg like2 gmbr sy tu ikhlas menglike bkn sekadar ambik ati
kawan-kawan klu nk resepi bolela mintak.

so, setakat hari ni ada a few resepi yg sy baru update
check it out!!!!


selamat memasak
memasak ni best klu kite suke n ada passion
janji kena masak dgn hati yg IKHLAS

/bye

Air Tangan Mama : Macaroni cheese

Assalammulaikum semua..
/hihi

sy mmg suke western food
sbb tu berusaha mencube resepi2 ala2 barat ni
bg saya, western food ni sgt mudah utk dibuat dan masa yg diperlukan sgt singkat
sgt sesuai utk saya yg sentiasa berkejaran di dapur
bole imagine x klu saya kt dapur
sorang asik bukak tutup peti sejuk, pastu tarik kerusi dr living hall ke dapur, panjat kabinet dapur

yg sorang lagi asik nangis tarik2 kain, xdapat kain, die paut kat kaki mama..phewww!!
memang letih kt dapur
tapi i love cooking no matter what

resepi kali ni ialah
MACARONI CHEESE...say cheese peeps!
actually ni bole ikut kreativiti masing2 nk letak ape sbg "aksesori "

BAHAN - BAHAN
1. macaroni - klu nk menarik bole gune bentuk2 lain mcm spiral or shell. biasanye sy suke brand san remo. rebus dulu ngan sedikit minyak smp lembut ok.
2. bwang merah dan bawang putih potong dadu
3. olive oil
4. cheese
5.tepung gandum- 2 sudu
6. sausage, meatball whatever la asalkan halal dan bersesuaian
7. button mushroom
8.fresh milk

CARA-CARA
  1. tumis bawang-bawangan ngan olive oil
  2. masukkan tepung gandum
  3. masukkan susu
  4. masukkan cheese.kacau sampai pekat. sy suke berkuah so sy letak susu tu byk. ada org die suke pekat2 gitu. so susu tu sikit cheese tu byk.
  5. masukkan cendawan butang, sausage or meatball
  6. last sekali msukkan macaroni dan digaul bersama
  7. eh???da siap ke?
  8. nk lagi sedap bole taburkan dgn oregano
TARA....
ni bole dikatakan resepi syok sendiri sbb mcm sy sorg jek dlm umah ni yg mkn benda alah ni. encik K mknla jugak - maybe nk jage hati i kuttt
abg aiman mmg fobia dgn benda2 berkuah wrn putih ni
ayesha - maybe die ni tekak jawa kot. x suke sgt.
maybe sbb ada cheese mcm muak sikit
ape pon bolela nk buat sesekali klu free kan

SELAMAT MENCUBA :))

/bye
 

Air Tangan Mama : AISKRIM COKLAT OREO

Assalammulaikum semua
/hihi

aritu saya mcm ala2 meroyan nk beli icecream maker sbb teriiiiiiiiiiiiingin sgt nk buat aiskrim sendiri
konon2 da nk beli ice cream maker
tapi harusla buat research dulu, karang jadi white elephant plak kt umah ni
tp bile baca review user, mcm xde ais krim maker ni pon xpe. bole jek buat gune blender
owh..ini sudah sgt bagus sbb dptla jimatkan duit.
duit yg konon2 nk beli pembuat aiskrim tu bolela diconvertkan kepada poplook penny dress...eccehhh ;)

utk 1st time buat homemade icecream ni sy cube resepi yg basic je dulu
iaitu: AISKRIM COKLAT tp bubuh OREO..nmpk kelasssss sikit :P
ape kebaikan membuat aiskrim sendiri di rumah?
jawapan yg paling tepat - kite bole kawal paras GULA
kekurangan homemade aiskrim? ianya cepat cair. sbb xde gelatin. n stabilizer

BAHAN- BAHAN -sumenye bole didapati di kedai runcit biase. n of kos jimat
  1. susu coklat - sy suke jenama dutch lady - 2 cawan
  2. creamer - brand coffemate - 2 cawan
  3. biskut oreo- sepeket kecik jek
CARA- CARA
  1. masukkan susu coklat dan creamer dlm blender
  2. masukkan juge 3-4 keping biskut oreo bersama krim nye
  3. blend selama 6 -10 minit - nak kasi gebus, smp berbuih2
  4. masukkan dlm bekas yg sesuai
  5. bekukan dlm freezer sehingga separuh beku
  6. bile asikrim tu da separuh beku, keluarkan semula, dan blend sekali lagi 
  7. masukkan dlm freezer dan bekukan semalaman smp betul2 beku
  8. SIAP! da bole makan akimmm (abg aiman kate)..nk nmpk kelasss lg, bolela taburkan dgn serbuk2 oreo atau dihias dgn coklat rice ke..ape2la janji menambat selera
ni basic nk buat homemade aiskrim. bole ubahsuai ikut citarasa, klu nk aiskrim strawberry, bole tukarkan susu coklat tu kepada susu strawberry
klu nk aiskrim milo, tambah je milo
klu nk perasa vanilla, gune susu segar, letak gule sikit n letek esen vanilla.
senang je kan??

TARA.....
 SELAMAT MENCUBA ;)

/bye

Air Tangan Mama: KACANG POOL

Assalammulaikum semua
/hihi

resepi hari ini
KACANG POOL!!!

kat JB kacang pool yg plaing glamer kt plaza larkin nun
rupenye senang je nk masak resepi ni

resepi yg saya bagi ni anggran untuk makan dlm 3 4 org gitu
 

BAHAN - BAHAN
  1. ketumbar - 2 sudu - dikisar
  2. jintan kasar - 2sudu - dikisar
  3. bawang merah, bawang putih
  4. sedikit rempah kurma adabi
  5. cili kisar - sikit aje
  6. daging cincang
  7. Kacang FOUL - nk cari kacang ni senang je. brand KIMBALL. dlm tin warna kuning. label tulis kacang foul MADAMES - 2 tin. satu tin di kisar. satu tin lagi dipenyekkan sahaja kacangnye. penyekkan la gune ape2 janji terpenyek
  8. lada hijau - dipotong bulat2
  9. telur separuh masak
CARA- CARA
  1. tumis bawang merah dan bawang putih
  2. tumis cili kisar smp pecah minyak
  3. masukkkan ketumbar, jintan kasar dan rempah kurma adabi
  4. kemudian, masukkan daging cincang. masak sampai daging empuk.
  5. lps tu masukkan kacang foul yg telah dikisar tadi
  6. last skali, masukkan kacang foul yg dipenyek2kan
  7. siap!!!!!!dihias dgn telur separuh masak dan cili hijau
  8. sedap dimakan dgn roti bakar
TARA.....


SELAMAT MENCUBA ;))

Air Tangan Mama : Homemade lasagna

Assalammulaikum semua...
/hihi

da lebih sebulan x update blog.

sape rindu kt saya? sila lompat bintang sekarang. hikhik..
kepada peminat2 blog saya (ada ke?) jgnla rindu kt saya.
he...:)

resepi yg ingin saya kongsikan hari ni adalah LASAGNA!
selalu beli kat domino's pizza dlm rm 11 mcm tu
yg home made punye...ehem ehem..
kos barang basah n barang keringnye agak mahal tp berbaloi2 utk makan satu keluarga
resepi lasagna ni sy x ingat amek dr resepi sape ntah kt blog
tp saya ada modified sikit2
sikit je, x byk, xdelah sampai x jadi lasagna..hehehe
saya mmg suke modify resepi ikut citarasa sendiri..ahaks!

BAHAN UTAMA
  • kepingan lasagna - okeh..utk kepingan lasagna ni saya beli brand SAN REMO. dlm kotak kaler merah. harga dlm lima hengget gitu. kt label tulis instant lasagna. 
* celurkan dahulu kepingan lasagna smp lembut*
 
BAHAN INTI
  •  bawang putih - 5 ulas (dipotong dadu)
  • bawang besar - 1 labu (dipotong dadu)
  • daging kisar - satu peket, x kisah brand ape 
  • sos prego - tradisional
  • serbuk oregano
  • cendawan butang - dipotong dadu
  • olive oil - utk menumis
BAHAN SOS PUTIH 
  • susu segar - ikut suke nak berapa byk. if u olls suke sos tu byk, bubuhla byk, klu suke sikit, bubuh sikit udah ler. susu tu x kisahla brand ape, dutch lady bole, marigold bole, yg full cream bole, yg fresh milk pon bole. janji jgn susu perasa stroberi sudah leee
  • cheese - sy suke gune cheesedale tu jek.  3 keping cukup kot. byk2 nnt muak plak rasanye
  • tepung gandum - 2 sudu
  • butter - 1 sudu
  • sedikit garam - sikit jek..buat rasa2
BAHAN TOPPING
  • mozarella
  • parmeasan cheese
ni klu xnk pon xpe. tp  klu ada mozarella tu nmpkla kelasagnaannye..hehehe

CARA2 BUAT INTI
  1. Tumis bawang putih ngan bwg besar yg telah dipotong tadi dgn olive oil
  2. da naik bau, masukkan daging cincang. masak sampai daging tu betul2 masak
  3. kemudian, masukkan sos prego
  4. diikuti ngan cendawan butang. bahan2 digaul rata utk dapatkn rasa yg sebati
  5. last sekali taburkan serbuk oregano
  6. da siap..ketepikan. kite beralih pula ke proses membuat sos putih
CARA BUAT SOS PUTIH
  1. Cairkan butter
  2. masukkan tepung gandum. masa ni agak mencabar sikit sbb of kos makcik tepung tu akan bergumpal2 ngan makcik butter. so, utk elakkan gumpalan tu, kite bole gune hand whisk
  3. then, tuangkan susu. kacau2 sampai sebati
  4. lps tu masukkan cheese. hancurkan cheese smp btol2 dissolve dalam adunan
  5. agak2 da pekat, matikan api gas dan ketepikan
CARA MENYUSUN LASAGNA
  1. memula, yg paling penting sediakan bekas yg paling sesuai. x kisah bekas ape janji bile masuk dlm oven x meletop!
  2. 1st, susun kepingan lasagna. pastikan keseluruhan permukaan bekas tu ditutupi oleh kepingan lasagna
  3. 2nd - tuangkan inti daging ke atas kepingan lasagna sehingga menutupi kesemua kepingan
  4. 3rd- tuangkan sos putih sampai inti daging sidah tidak kelihatan
  5. 4th - taburkan mozarella dan parmeasan
  6. ulang langkah 2 hingga 4 sehingga menjadi 2 atau 3 layer. yg penting lapisan terakhir adalah mozarella.  
LANGKAH TERAKHIR
bakar dlm oven pada suhu 180 degree celcius selama 10minit - bergantung pada jenis oven

TARA......
Nampak mcm x sedap..tp seriously sedap!!!!! hehehe..naik lift, naik seniri. so yummy yum!
so, mummy! lets try this out..

SELAMAT MENCUBA :))
/bye